Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Sunday, February 13, 2011

KONSEP AQIDAH (Tajuk 14)

Pengertian Aqidah

Segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati.

Segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah

serta sifat-sifat kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli.

Maksud aqidah yg betul

Kepercayaan yang betul berlandaskan dalil al-Quran dan al-Sunnah

Ciri-ciri aqidah yg betul

  1. Kepercayaan yg teguh terhadap kewujudan, keesaan & kekuasaan Allah.
  2. Tidak menyekutukan Allah dgn sesuatu.
  3. Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah

  1. Memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah
  2. Dapat mengenal pasti aqidah yang betul & salah / sesat
  3. Untuk mempertahan aqidah drpd diresapi ajaran yang menyeleweng
  4. Menjaga iman supaya tetap & selamat di dunia dan di akhirat
  5. Mendidik umai Islam mengenai akhlak & pekerti yang mulia

Aqidah berdasarkan 'Alam Syahadah'.

Setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhati dan dikaji oleh pancaindera,

seperti pokok, matahari, bulan yang menjadi bukti kewujudan dan kekuasaan

Allah

Aqidah & Syariat

AQIDAH: Ialah kepercayaan dlm hati tentang kewujudan Allah, malaikat, kitab,

rasul , hari akhirat serta qada' dan qadar

SYARIAT: Ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah

sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan

Hubungan Antara Aqidah & Syariat

  • Merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan
seseorang mukmin.

Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna / pincang / rosaklah iman
seseorang
  • Syariat adalah pelengkap kepada akidah - Akidah umat Islam dapat dinilai melalui
ucapan, kelakuan & amalan tentang syariat

Contoh:
  • (Aqidah) Percaya kpd Allah – (Syariat) Taat laksanakan perintahnya spt solat
  • (Aqidah) Percaya kpd Malaikat – (Syariat) Buat baik dan tinggalkan kejahatan
  • (Aqidah) Percaya kpd Rasul - (Syariat) Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
  • (Aqidah) Percaya kpd Kitab – (Syariat) Laksanakan hukum dan ibadah khusus
  • (Aqidah) Percaya kpd Kiamat – (Syariat) Setiap amalan ia akan dibalas
  • (Aqidah) Percaya kpd Qado’ & Qadar – (Syariat) Berusaha buat baik

New Post

MASYARAKAT ARAB SEBELUM & SELEPAS KEDATANGAN ISLAM (Tajuk 24)

[ Masyarakat Arab sebelum di lantik Nabi Muhammad saw sebagai

rasul dikenali sebagai Masyarakat Jahiliyah.]

Maksud Jahiliyah

· Segi Bahasa : Berasal dari perkataan ( جهل ) bermaksud : Tidak tahu

atau Bodoh

· Segi Istilah :Tidak tahu atau sesat daripada agama samawi (agama

dari Allah )

Masyarakat Arab Jahiliyah Terbahagi kepada 2:

Ciri

Badwi

Hadhari

Penempatan

· Tinggal di luar bandar

· Tinggal di bandar

Cara hidup

· Sentiasa berpindah randah, bergantung kpd kawasan berair

· Tinggal menetap di bandar

Politik

· Berasaskan kepada qabilah

· Ketua dipanggil ‘Syeikh’.

· Sering bergaduh dan berperang di antara qabilah

· Berasaskan satu kuasa pentadbiran pusat.

· Hidup bersatu padu

SumberEkonomi

· Menternak binatang ternakan

· Bercucuk tanam

· Merampas harta kabilah lain

· Berniaga barang kemas dan perhiasan &berhala

· Bertukang

Kepercayaan Masyarakat Jahiliyah (Badwi & Hadhari)

1. Agama menyembah berhala - Agama yang paling ramai pengikut.

Terdapat lebih kurang 360 jenis berhala di sekitar kaabah, Antaranya

yang terkenal : all-Lata , al-Uzza , al-Manat , Taghuth & Yauq

2. Agama Kristian - Berasal dari Rom Pengantutnya terdapat di Najran,

Yaman, Syria, Iraq & kawasan pantai semenanjung Tanah Arab

3. Agama Yahudi - Bermula pada awal abad pertama Masihi

ketika pemerintahan Zu Nuwas di Yaman Penganutnya terdapat di

Yaman, Khaibar di Madinah & Utara Hijaz

4. Agama Majusi - Agama menyembah api yang berasal dari Farsi

(Iran sekarang)

5. Agama Hanif - Agama peninggalan Nabi Ibrahim a.s.

Mereka melakukan sembahyang pd waktu pagi & petang, haji &

korban

6. Agama menyembah Alam - Penganut agama ini menyembah

matahari , bulan , bintang, tumbuh-tumbuhan & tempat unta berdiri

ketika memerah susu

Perangai Keji Masyarakat Arab Jahiliyah

1. Wanita dijadikan hamba dan boleh dijual serta diwarisi.

2. Berzina,minum arak dan berjudi menjadi amalan harian

3. Merompak membunuh dan suka berperang

4. Sebahagian qabilah membuhuh anak perempuan yang baru

lahir

5. Menindas golongan yang lemah spt golongan hamba

Akhlak Mulia Masyarakat Arab Jahiliyah

1. Menepati janji

2. Saling membantu

3. Menghormati tetamu yg datang

4. Berani mempertahankan diri & kaum masing-masing

Peranan Islam Mengubah Corak Hidup Masyarakat Jahiliyah

1. Menghapuskan amalan dan kepercayaan karut kepada

mentauhidkan Allah

2. Mengubah perangai masyarakat yang keji kepada Akhlak

yang mulia

3. Menghapuskan fahaman perkauman yang sempit kepada

persaudaraan Islam

4. Mengubah kehidupan yang suka bermusuhan kepada

kehidupan aman dan harmoni


Kelebihan Solat Dhuha

Kelebihan Solat Dhuha | Islam.com | Ceramah Islam | The religion of Islam | Al-Islam.org | history of islam | women in islam | Sisters in Islam | IslamiCity.com - Islam & The Global Muslim eCommunity | islamic | Rahsia , Al-Islam, Muslim, Sejarah, Ceramah ISLAM


(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :


“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya.”

(Riwayat At-Thabarani ).



GARIS PANDUAN MENENTUKAN MAKANAN HALAL

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berkuasa pengeluar sijil halal bagi menentukan kehalalan sesuatu produk. Panduan ini juga bertujuan memberi kefahaman dan penjelasan kepada pengusaha dan orang awam sama ada Islam atau bukan Islam mengenai aspek halal mengikut hukum syarak yang merangkumi penyediaan, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman dan barang gunaan orang Islam.


2. SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN

Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan.


2.1 Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu;

a) Haiwan Darat.

b) Haiwan Air.

2.1.1 Haiwan Darat


Semua haiwan darat halal dimakan kecuali;

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.

ii. Babi.

iii. Anjing.

iv. Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.


v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.


vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kalajengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.


vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.


viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat danseumpamanya.


ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut dan seumpamanya.


x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.


2.1.2 Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia.


2.1.3 Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.


2.1.4 Minuman

Semua air adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.


2.1.5 Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.6 Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.


2.1.7 Bahan Tambah

Bahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.


3. BAHAN GUNAAN ORANG ISLAM

Bahan gunaan orang Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

a) Kosmetik

b) Pakaian dan peralatan.


3.1 Kosmetik

3.1.1 Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku dan seumpamanya.


3.1.2 Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.


3.2 Pakaian dan Peralatan

3.2.1 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan.

3.2.2 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing.

3.2.3 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak boleh digunakan.


3.2.4 Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi
dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.