Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

AKTIVITI PPI

SUNDAY, MAY 9, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2010





Tahun ini sambutan Maulidurasul diberi suntikan baru. Sebelum ni ceramah, kuiz2 berkaitan Rasulullah memenuhi sambutan. Pengetua, Pn Hjh Semah minta Panitia Pendidikan Islam buat satu kelainan bagi menarik perhatian pelajar untuk lebih menghayati Maulidurrasul, lalu tercetusnya idea Pertandingan Sepanduk dan Perarakan Maulidurrasul serta selawat.
Memang hangat sambutan guru & pelajar. Pertandingan diadakan antara unit2 beruniform SMKDHTK ( 10 pasukan ). Pelajar berlumba2 menyiapkan sepanduk2 yang cantik dan mempunyai nilai Maulidrrasul. Persatuan Puteri Islam menjuarai pertandingan.
Semoga program yang dijalankan dapat memberi kesan di jiwa pelajar dan menjadikan hanya Rasulullah S.A.W idola mereka & bukan lagi artis2 terkenal tanah air / luar negara.