Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Thursday, July 8, 2010

NOTA TINGKATAN 5 DAN LATIHAN

Ahli Sunnah Wal Jemaah

Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al Quran, Sunnah Rasulullah SAW. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara bida'ah.

Ahlul Bait

Kaum keluarga Rasulullah SAW.

Ajaran Sesat

Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Ajnabi

Lelaki atau perempuan yang halal dikahwini dan batal wuduk jika tersentuh.

Akta

Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Al -Quran

Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril.

Al Wazir

Perdana menteri atau ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan- jabatan kerajaan.

Alam sekitar

Alam kejadian Allah yang terdapat banyak manfaat di dalamnya seperti sumber makanan,untuk menegakkan Islam akan mendapat keredaan Allah.

Al-A'rif

Koperal.


Al-Bahriyah

Bahagian Tentera Laut.


Amir

Laksamana.


Al-Qaidu

Panglima Perang.


Al-Butani

Tokoh Ilmu Falak (i) Menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari (ii) Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang.

Al-Dawawin

Jabatan-jabatan kerajaan.

Al-Jawasis/Al-Auyun

Bahagian Perisikan.

Al-Khalifah

Ketua Negara atau pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam

Al-Kharaj

Cukai tanah milik orang bukan Islam.

Al-Masahun

Bahagian Peninjau.

Al-Murtaziqah

Pasukan Bergaji Tetap.

Al-Mutatawwi'

Pasukan Sukarelawan.

Al-Naqib

Kapten.


Amar ma'ruf

Menyeru / menyuruh melakukan kebaikan.

Anak angkat

Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.

Asmaul Husna

Nama-nama Allah yang indah (99 nama).

As-Salafus Soleh

Para ulama solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat tabi'en dan atba al-tabi'en.

Aurat

Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup.

Azali

Sejak dahulu kala/sejak permulaan zaman.

Baitul Hikmah

Perpustakaan terulung di Baghdad pada zaman Abbasiyah dibina oleh khalifah Harun Al-Ras yid.

Baitul Mal

Institusi Kewangan terbesar Negara.

Daerah al-Muhandisun

Bahagian Kejuruteraan.

Dakwah

Menyeru seseorang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Diwan al-Aradh

Depot Simpanan.

Diwan al-Azimah

Jabatan Audit Negara.

Diwan al-Barid

Jabatan Pos.


Diwan al-Jund

Kementerian Pertahanan.

Diwan al-Kharaj

Jabatan Hasil.

Diwan al-Mazalim

Mahkamah Tinggi Rayuan.

Diwan al-Nafaqah

Jabatan Kewangan.

Diwan al-Tasnif

Bahagian Sumber Manusia.

Diwan al-Usul

Jabatan Dalam Negeri.

Diwan al-Zimam

Jabatan Audit dan Kawalan.

Dosa

Balasan buruk bagi orang yang melakukan kejahatan/ melanggar perintah Allah.


Enakmen

Rang Undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka.

Fardu Ain

Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunia dan akhirat seperti solat, puasa dan membaca Al Quran.

Fardu Kifayah

Ilmu yang wajib dipelajari ole umat Islam dan kewajipan tersebut gugur apabila sebahagian yang lain melakukannya

Fasakh

Bahasa : Batal.

Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah/disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumah tangga.

Fasik

Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.

Hadhanah

Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Hadiah

Pemberian sebagai satu penghargaan , tanda kasih sayang atau pujian.

Hassan bin Haitham

Tokoh Ilmu Fizik (i) Menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina.


As-Syarif Al-Idrisi

Tokoh Geografi (i) Menghasilkan peta dalam bentuk glob yang pertama.


Hidayah

Petunjuk Allah.


Ibnu Sina

Tokoh Perubatan (i) Menghasilkan 116 buah buku perubatan (ii) Karya terkenal "Qanun Fit Tibb".

Iddah

Bahasa : Tempoh,pengiraan.

Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami.

Ijab

Lafaz yang diucapkan oleh Wali.

Ilmu berteraskan Akal

Ilmu Matematik, Falak,Kimia,Fizik,Geografi dan Perubatan.

Ilmu berteraskan wahyu

Ilmu Tafsir,Qiraat,Hadith,Feqah dan Tauhid.

Iman

Bahasa : Mengiktiraf , mengaku dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan dari segi

Istilah : Membenarkan dengan hati , mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota.

Infak

Membelanjakan harta pada jalan Allah.

Islam

Sejahtera dan damai.

Istilah

Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

Istiqamah

Berterusan dalam melakukan perkara kebaikan.

Jabir bin Hayyan

Tokoh Ilmu Kimia (i) Orang pertama menemui Asid Sulfurik (ii) Menghasilkan 8 buah karya tentang Kimia.

Jihad

Bahasa : Usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan

Istilah : Usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam akan mendapat keredaan Allah.

Kafir

Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis.

Kemanisan Iman

Berasa gembira dalam melakukan ibadat ,sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan Rasulnya lebih daripada harta benda dunia.

Khawarij

Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.

Khuluk

Bahasa : Mencabut/menanggalkan.

Istilah : Penceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu.

Lafaz Kinayah

Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan.

Lian

Bahasa : Laknat.

Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman Qazaf disebabkan tuduhan Zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab.

Madrasah al-Nizamiah

Pusat pengajian yang terkenal pada zaman Abbasiyah dibina oleh salah seorang menteri berketurunan Saljuk iaitu Nizam al-Mulk [ 485H/1092M ].

Mahar Misil

Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri.

Mahar Musamma

Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Mahar

Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.

Mahkamah Syariah

Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal ( harta ) dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri.

Mahram

Lelaki atau perempuan yang mempunyai ikatan keturunan atau susuan.

Majlis al-Muqabalah

Bahagian Latihan.

Majlis al-Taqrir

Bahagian Kewangan.

Majlis Tahkim

Majlis perjanjian antara Muawiyah dan Sayidina Ali selepas Perang Siffin.

Maksum

Terhindar dari melakukan dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan terhindar daripada menghidap penyakit yang mengaibkan.

Maksum

Terpelihara daripada dosa.

Mansuh

Dibatalkan.

Meminang

Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri


Merisik

Langkah awal proses memilih calon yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang.

Mukjizat

Perkara luar biasa yang dianugerahkan kepada para Rasul dan tidak boleh dipelajari.

Mukmin

Orang yang beriman dan taat kepada perintah Allah.

Mulhid

Orang yang tidak beragama [Atheis].

Munafik

(i) Orang yang melahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati.

(ii) Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran dalam hati.

Murtad

Orang yang keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad.


Musafir

Mereka yang dalam perjalanan melebihi dua marhalah atau 90 km dengan tujuan baik.

Musaharah

Pertalian keluarga disebabkan perkahwinan.

Musyrik

Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat,sifat dan perbuatan.

Musyrikin

Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan.

Nafkah Batin

Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak


Nafkah Zahir

Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian.


Nahi Mungkar

Mencegah/ menghalang perkara-perkara yang ditegah syarak


Nawafil

Amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan puasa dalam bulan Syawal .

Negara

Kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Nusyuz

Bahasa : Derhaka/Ingkar.

Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.

Ordinan

Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri .

Pahala

Ganjaran baik bagi orang yang melakukan kebaikan/taat kepada perintah Allah.


Perkahwinan

Bahasa : Cantum atau himpun

Pemimpin

Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah kerajaan.

Pencemaran bunyi

Bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga.

Perkahwinan Mut'ah

Nikah sementara waktu atau nikah kontrak.

Poligami

Bahasa : Banyak isteri.

Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada satu masa.

Qabul

Lafaz jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami.

Qada'

Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali.

Qadar

Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk.

Qanaah

Redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit.

Qat'i

Perkara yang diasaskan hukumnya kepada dalil dan hujahnya tidak boleh diangkakan.

Qazaf

Menuduh perempuan baik melakukan zina.

Qiamullail

Bangun malam kerana melakukan ibadat.

Riak

Menunjuk-nunjuk.

Rujuk

Bahasa : Kembali.

Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya.

Rukhsah

Hukum-hukum yang disyariatkan bagi meringankan mukalaf dalam keadaan-keadaan tertentu.

Sedekah

Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sekufu

Setaraf dari segi keturunan,pendidikan,pekerjaan dan lain-lain.

Sohibu baitul Mal

Pengurus Perbendaharaan Negara.

Sorih

Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang.

Sujud Sahwi

Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat sebelum memberi salam kerana menambah atau mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat Ab'ad secara sengaja atau tidak sengaja.

Sujud Syukur

Sujud yang dilakukan di luar solat kerana mendapat nikmat atau terlepas daripada bala.

Sujud Tilawah : Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat setelah membaca atau mendengar ayat sejadah.

Suk Baghdad

Pasar yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi.

Suk Baqar

Ladang-ladang pertanian dan penternakan.

Syiah Batiniah

Pandangan mereka yang menganggap Al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka.

Syiah Imamiah

Berpendapat jawatan pemimpin umat Islam [ Imam ] hanya layak disandang oleh Ahlul Bait.

Syiah Isna Asyariyah

Syiah 12 [ gelaran bagi Syiah Imamiah ]

Syiah Zaidiah

Sempena pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit kepada Ali in Abi Talib Karramallahu Wajhah.

Syiah

Golongan yang mendukung cita-cita untuk menjadikan Sayidina Ali Karramal Allahu Wajhah sebagai khalifah Rasulullah.

Takbur

Sombong/bongkak.

Talak Bain Kubra

Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan.

Talak Bain Sugra

Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.

Talak Bid'i

Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan isteri ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau menceraikan talak 3 sekali gus.

Talak Raj'ie

Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya.

Talak Sunni

Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu/dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi.

Talak Ta'lik

Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat.

Talak

Bahasa : Cerai atau melepaskan ikatan.

Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak /cerai/yang mengandungi makna keduanya.


Taqiah

Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.


Taqqarub

Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Ibadat.

Taqwa

Melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangan Nya dengan taat.

Tawakkal

Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh

Wali al-Ahd

Putera Mahkota.

Wali Allah

Istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan Nya secara zahir dan batin.

Wali Bukan Mujbir

Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa.

Wali Mujbir

Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Wali

(i) Bantuan atau perlindungan daripada Allah (ii) Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan.

Walimatulurus

Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.


Zihar

Bahasa : Belakang.

Istilah : Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana- mana perempuan muhram baginya.

Zikrullah

Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan


sumber:panitiaJB

Berikut merupakan contoh-contoh yang baik untuk tajuk Talak yang telah kita pelajari. Kepada para pelajar yang belum menyempurnakan tugas yang diberi, diharap dapat melengkapkan tugasan anda dengan segera.



tugasan agama [tebus talak]

Badol bercerai

Oleh SUWARNI MOKHTAR
utusanpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Jun - ''Kita boleh menyayangi seseorang sebesar gunung tetapi masin dari sebutir garam mampu menghancurkan segalanya.''

Itu merupakan reaksi pelakon, A.R. Badul ketika ditanya sama ada dia masih mempunyai rasa sayang terhadap bekas isterinya, Muna Lisa Basir selepas selesai prosiding
perceraiannya secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Dia juga nyata tersentuh dengan perceraian itu apabila dilihat mengesat air matanya berulang kali.

Pada prosiding yang dijalankan di kamar Hakim Syarie, Mohd. Yunos Mohamad Zin, Muna Lisa, 34, membayar RM1 kepada Badul atau nama sebenarnya, Armaya Aman Ramlie, 60, sebagai tebus talak.

Pasangan itu yang berkenalan selama empat tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2001 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.

Perkahwinan Badul dengan Muna Lisa merupakan perkahwinan kali kelima buat pelakon dan pengarah filem Guru Badul dengan rumah tangga yang didirikan sebelum ini juga berakhir dengan penceraian.

Badul mempunyai tujuh orang anak hasil kesemua perkahwinannya.

Enggan mendedahkan punca sebenar yang membawa kepada penceraian tersebut, Badul sekadar memberitahu, berlaku sedikit pertengkaran dan dia telah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan itu.

''Sebelum ini kami sudah pernah ke mahkamah apabila dia (bekas isteri) mendakwa saya telah melafazkan cerai sewaktu bertengkar tetapi saya betul-betul tidak ingat sama ada lafaz telah diucapkan. Tapi kemudiannya, kami berbaik semula.

''Kemudian, beberapa bulan lalu, berlaku sekali lagi pertengkaran dan dia sekali lagi menuntut cerai tetapi kali ini secara fasakh. Tetapi sementara menunggu di mahkamah, kami sempat berbincang dan sekali lagi memutuskan untuk tidak meneruskan proses fasakh itu. Bagi tebus talak ini pun, saya mengambil masa tiga bulan untuk memikirkannya,'' kata Badul.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini menolak permohonan Muna Lisa untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai selepas Badul mengangkat sumpah istizhar bagi menyakinkan mahkamah bahawa dia tidak ingat semasa melafazkan cerai tersebut.

Menjawab pertanyaan mengenai tindakan untuk bercerai secara tebus talak, Badul yang juga anak kepada pelawak, A.R. Tompel dan abang kepada pelakon Adlin Aman Ramli, ia adalah sebagai 'pendinding' buat dirinya yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Katanya, jika proses perceraian adalah seperti yang biasa dilakukan, dia khuatir akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya tidak mampu memenuhi perintah mahkamah.

Bagaimanapun Badul memberitahu, dia tetap akan memberikan nafkah bulanan kepada bekas isteri dan anaknya itu.

Ditanya adakah, dia serik untuk berkahwin lagi, Badul menjawab :''Kalau ada lelaki yang kata serik untuk berkahwin, maknanya dia bukan lelaki rasanya. Tetapi bagi saya, sekiranya seseorang itu ikhlas menerima saya sebegini, yang ada kekurangannya, maka saya akan terima.''

Nota : Apabila berlaku khuluq, ( yang bermaksud perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluq. Kedua-dua lafaz tersebut dikaitkan dengan bayaran tertentu.) suami tidak boleh merujuk isterinya kecuali dengan cara berkahwin semula dengan akad nikah dan mahar yang baru.



Talak Bukan Boleh Dibuat Mainan - Tugasan Pendidikan Islam

Farhana dan Bell Ngasri

Cerai SMS Bell yang lucu membuat kes ini agak unik. Pelakon popular Nasrizal Ngasri atau Bell membuat penafian menghantar SMS cerai kepada isterinya tetapi kebenaran akhirnya terungkai apabila kes SMS itu dibawa ke mahkamah sehingga sah bercerai talak satu.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan perceraian talak satu yang dilafazkan Bell terhadap isterinya menerusi SMS pada 22 Oktober lalu selepas dia mengaku menghantar pesanan "Aku ceraikan kau...TQ... Selamat berjaya' menerusi telefon bimbitnya.

Bell kini semakin keliru apabila bekas isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26 (Shasha) enggan kembali ke pangkuannya. Namun, pelakon filem Antoo Fighter ini berkata beliau akan berusaha kembali rujuk dengan bekas isteri selepas segala urusan penggambarannya selesai.

Dalam Islam, apabila seseorang suami itu melafazkan cerai, tidak kira dalam bentuk apa jua sekalipun, akan jatuh talak ke atas seseorang isteri itu. Dalam kes Bell Ngasri, beliau telah menjatuhkan talak melalui SMS dan keputusan mahkamah telah menyatakan dengan jelas bahawa penceraian mereka sah sebagai penceraian talak satu. Ketelanjuran kata mampu merosakkan sesebuah institusi rumah tangga dalam Islam. Namun beliau sedar akan ketelanjuran tersebut dan berusaha ingin rujuk semula dengan bekas isteri, Shasha. Kesimpulannya, peliharalah perbuatan dan perkataan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan dalam sesebuah institusi rumah tangga.




. SAH BERCERAI selepas DITALAK .

Sedih penulis membaca akhbar hari ini berkenaan perceraian Siti Nordiana . Beliau akhirnya telah selamat diceraikan suaminya, Faizal Mohd Yusup pada Ogos lalu. Mahkamah mengesahkannya semalam. Berikut adalah kata-kata Nana pada hari mahkamah mengesahkannya. ''Memang saya dan dia (Faizal) sudah tidak sefahaman. Perceraian ini juga tidak boleh ditangguh lagi. Dia sudah menjatuhkan talak dua pada penghujung Ogos lalu menerusi telefon . Ketika itu dia menelefon saya untuk berbincang masalah kami. Begitupun disebabkan tiada jalan penyelesaian kami sebulat suara untuk berpisah. Sebelum itu dia pernah menjatuhkan talak satu pada awal Ogos . Begitupun kami mengenepikan masalah itu seketika . Kami sudah tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mahu mencari jalan penyelesaian . Dalam keadaan sedar dan dengan niat, dia menyebut dengan jelas namanya disusuli nama saya sebelum menjatuhkan talak. Percanggahan pendapat dan tiada jalan penyelesaian punca utama perceraian ini. Soal wujudnya orang ketiga tidak timbul kerana sejak mendirikan rumah tangga sudah banyak kali kami dihimpit berita atau gosip seperti itu ''.

Memang tidak dapat dielakkan bahawa kadangkala berlaku kepincangan dalam sesebuah rumah tangga khususnya keretakan hubungan antara suami isteri berpunca dari pelbagai sebab. Ini boleh dikaitkan dengan TALAK BAIN KUBRA , yang membawa maksud apabila suami menceraikan isteri dengan talak tiga, tidak boleh dirujuk semula atau dinikahi semula kecuali setelah melalui semua - semua perkara tersebut :

- Setelah selesai idah perempuan.
- Berkahwin dengan lelaki lain.
- Ada persetubuhan dengan suami baru.
- Bercerai dengan suami baru.
- Selesai idah dengan suami baru.

Jadi, kesimpulan disini , janganlah menganggap perkahwinan suatu perkara yang mudah kerana kita akan diduga dengan dugaan yang mencabar dariNYA , sentiasa berdoa agar perkahwinan kita mendapat keredhaan Allah SWT dan sentiasa menjaga adab, tanggungjawab kita sebagai suami mahupun isteri .

Para pelajar yang dikasihi, kepada yang belum memiliki koleksi ayat hafazan tingkatan 4 dan 5, sila download ayat hafazan ini untuk kegunaan di dalam pembelajaran nanti. Insya Allah, kita akan menjalani ujian ayat hafazan (bertulis dan lisan).

Ayat Hafazan Tingkatan 4 dan 5...klik sini

Intisari Ayat:
Allah s.w.t menerangkan tentang kelebihan Al-Quran yang diturunkan kepada manusia. Allah s.w.t menyatakan sekoranya Al-Quran diturunkan ke atas gunung-gunung yang kukuh nescaya akan hancurlah gunung tersebut kerana takutkan Allah s.w.t. Perumpamaan yang dibuat oleh Allah dalam surah Al-Hasyr ini mengajak kita sebagai manusia berfikir tentang penghayatan manusia terhadap Al-Quran. Selain itu, Allah s.w.t juga mempunyai nama-nama yang indah (Asmaul Husna) yang menunjukkan Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Semua makhluk Allah yang terdapat di alam ini sentiasa bertasbih kepadaNya.
Antara yang terdapat dalam Al-Quran ialah:

Ibadat: solat, puasa, haji dan sebagainya

Ilmu pengetahuan: matematik, geografi, astronomi, fizik dan lain-lain
Undang-undang: hukum hudud, perkahwinan dan lain-lain
Akidah: rukun-rukun iman

Sejarah: kisah-kisah nabi
Keistimewaan Al-Quran

* mukjizat agung kepada Rasulullah s.a.w
* kandungan Al-Quran adalah
lengkap yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti akhlak, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya

* ajaran Al-Quran
sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa dan di semua tempat

* Al-Quran
terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga hari kiamat
* keindahan
bahasa Al-Quran tidak dapat ditandingi

* setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t
Cara-Cara Menghayati Al-Quran

*
istiqamah dalam membaca Al-Quran

*
memahami dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran di dalam kehidupan seharian

* sentiasa
mempelajari dan mendalami isi kandungan Al-Quran

* membaca Al-Quran dengan bertajwid dan tarannum

Asmaul Husna



***Info tambahan:

Mempersenda-sendakan agama (seperti menyatakan Al-Quran tidak relevan digunakan pada masa sekarang, semua agama adalah sama dan lain-lain) bukan sahaja HARAM bahkan boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam..maka dalam soal ini tidak boleh dibuat bergurau dan main-main kerana ia soal akidah..maka jika disedar apa yang dia telah lakukan maka dia dikehendaki mengucap kembali 2 kalimah syahadah dan bertaubat kepada Allah SWT..

Soalan 1

a) Sebab-sebab Allah s.w.t memerintahkan orang Islam supaya memberi perlindungan kepada orang bukan Islam (2m)

- menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
- membuktikan keindahan ajaran Islam
- umat Islam akan dijadikan contoh teladan dalam semua aspek kehidupan
- supaya mereka memperoleh petunjuk daripada Allah untuk menerima Islam

b) 2 implikasi tidak menjaga hubungan baik dengan orang bukan Islam (4m)

- tidak menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam
- tidak menjadikan umat Islam sebagai contoh teladan yang baik dalam kehidupan
- tidak membuktikan keindahan ajaran Islam

c) 2 sebab pendakwah perlu berilmu (4m)

- supaya mampu menguasai bidang-bidang tertentu seperti teknologi maklumat, komunikasi dan sebagainya.
- supaya apa yang disampaikan tidak bercanggah dengan Al Quran dan sunnah


Soalan 2

a) Saya menguruskan masa dengan bijak (2m)

- mempunyai jadual yang teratur dan menyiapkan kerja yang diberikan dengan segera

b) 2 kesan negatif sekiranya menangguhkan kerja (4m)

- hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan akan menjejaskan nama syarikat dan sebagainya
- hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana menghadapi tekanan daripada majikan
- produktiviti sesebuah syarikat akan menurun dan menjejaskan ekonomi sesebuah negara

c) bekalan menghadapi alam akhirat (4m)

- takwa/melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala laranganNya dengan taat dan ikhlas

Soalan 3

a) Maksud kemanisan iman (2m)

- berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan Allah lebih daripada kepentingan sendiri.

b) Maksud ahli sunnah wal jamaah (2m)

- kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasullulah s.aw dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bidaah.

c) 2 prinsip ahli sunnah wal jamaah (4m)

- berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah
- apabila terdapat perbezaan pandangan, mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah
- tidak menghukum sesuatu melainkan jika terdapat bukti yang sah

d) maksud istilah (2m)

- syiah: golongan yang mendoong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebgai khalifah selepas Rasulullah s.a.w

- khawarij: kumpulan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah bin Abi Sufian tetapi mereka tidak menerima Majlis Tahkim.

Soalan 4

a) Maksud perkahwinan dari segi istilah (2m)

- Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah untuk menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

b) 2 hikmat disyariatkan perkahwinan (4m)

- menjauhkan diri daripada dosa dan pelbagai penyakit seperti AIDS dan siflis
- hubungan seksual seseorang dapat disalurkan dengan cara yang halal dan sah
- menjalinkan silaturahim antara kedua keluarga

c) 2 golongan pertempuan yang haram dikahwini selama-lamanya (2m)

- persemendaan: ibu tiri dan ke atas, ibu mentua
- penyusuan: ibu susuan dan ke atas, anak susuan dan ke bawah
- keturunan: ibu, nenek dan keatas, anak perempuan

d) Maksud istilah (2m)

- mahar: suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah

- walimatulurus: kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan sesebuah perkahwinan

Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tamadun Islam mencapai zaman keemasannya. Umat Islam ketika itu mencapai kejayaan dalam aspek penyebaran Islam, pendidikan, sains dan teknologi, ekonomi serta ketenteraan.

Kita akan belajar dengan lebih lanjut lagi di dalam kelas. Sebagai persediaan awal, para pelajar bolehlah merujuk ke laman-laman ilmu berikut:

Penyebaran Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah...klik sini

Nota Ringkas...klik sini

Latihan...klik sini
Islam mengharuskan umatnya bermusafir untuk tujuan yang baik seperti melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan bukan untuk tujuan kemaksiatan.

Hukum Bermusafir...klik sini

Adab Bermusafir...klik sini
Untuk topik pembelajaran dan pengajaran kali ini ialah Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau bahagian Hadis. Dalam tajuk ini kita akan melihat dengan lebih jelas bagaimana menguruskan masa dengan lebih efektif. Selain itu, sebagaimana yang kita ketahui sebagai hamba Allah, kehidupan di dunia adalah sementara dan kita diibaratkan sebagai seorang perantau atau pengembara. Banyak cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi dan hadapi sepanjang kehidupan seharian kita. Seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang dibincangkan di dalam kelas, ada beberapa isi penting yang dapat kita ambil teladan. Misalnya:

"Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang"

Oleh itu, sebagai seorang yang mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan kita hendaklah mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan amatlah rugi sekiranya kita melengah-lengahkan masa.


Sebagai bacaan tambahan, boleh rujuk di link yang ust lampirkan di bawah...

Nota: Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau...
klik sini

Info Sihat: Pengurusan Masa....
klik sini

Powerpoint: Kehidupan Di Dunia Ibarat Perantau...klik sini

Maksudnya: Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia kemana- mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).


*** Para pelajar yang disayangi, anda boleh merujuk di laman web Pendidikan Islam yang lain sebagai rujukan tambahan. Berikut adalah laman web yang boleh dijadikan panduan:


Panitia Pendidikan Islam SMK Sungai Kruit - Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam

Preview Buku Pendidikan Islam (keluaran Pelangi Publishing Group Bhd) - Latihan Topikal

Tilawah Al-Quran - Contoh Soalan/Jawapan
Para pelajar yang dihormati sekalian...bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kita sepanjang tahun 2010, diharap dapat download senarai tajuk untuk tingkatan 3 dan 5. Dengan adanya senarai tajuk tingkatan 3 dan 5, diharap para pelajar lebih bersedia untuk menghadapi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

Sila klik sini untuk download senarai tajuk tingkatan 3

Sila klik sini untuk download senarai tajuk tingkatan 5
sambungan untuk tajuk Perkahwinan Dalam Islam...amboiii semua excited yer belajar tajuk ni ;)


Ciri-Ciri Bakal Suami dan Isteri...klik sini

Wanita Yang Haram Dikahwini...klik sini
lagu mingguan: sesiapa rajin sila download untuk mendengar terlebih dahulu. kita akan buat dalam kelas nanti. insya Allah.

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga


please click here to download...
Minggu ni dalam bahagian Ibadat kita akan belajar tentang Perkahwinan Dalam Islam. Ini merupakan salah satu tajuk yang menjadi kesukaan para pelajar sepanjang ust mengajar tingkatan 5. Buat pengetahuan pelajar-pelajar yang disayangi, link-link di bawah merupakan bacaan atau nota tambahan untuk tajuk yang akan kita belajar bersama-sama di dalam kelas nanti.

Konsep Perkahwinan Dalam Islam...klik sini

Pengertian Perkahwinan...klik sini

Hukum Perkahwinan...klik sini

Hikmat Perkahwinan...klik sini

Assalamualaikum pelajar2 sekalian,

insya Allah minggu depan kita akan buat perbentangan mengenai bab ke 2 dalam bahagian Akidah iaitu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Setiap kelas akan dibahagikan kepada 5 kumpulan mengikut tajuk2 yang telah ditetapkan iaitu:

  • Syiah
  • Syiah Imamiah
  • Syiah Batiniah
  • Syiah Zaidiah
  • Khawarij
Setiap kumpulan dialu2kan membuat perbentangan mengikut kreativiti masing2. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan kertas edaran (nota ringkas tajuk yang dibentang) sebagai rujukan oleh rakan2 sekelas anda.


***maklumat tambahan:

#
Asal-Usul Syiah...klik sini

#
Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah...klik sini

#
Taqlid dalam Ajaran Syiah Imamiah...klik sini

#
Aliran- Aliran Cabang Dalam Syiah...klik sini

Tutorial: Cara Membina Blog