Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Friday, July 16, 2010

Shiekh Muhammad Abduh



Shiekh Muhammad Abduh

Biodata


Nama sebenarnya : Muhammad bin Syeikh Abduh Khairuddin.

Tempat lahir : sebuah desa yang bernama "Mahallat Nasr di Mesir

Tarikh lahir : 1849 Masihi.

Tarikh meninggal : 1905 Masihi di rumah sakit di Dramel, Iskandariah ketika berusia 56 tahun

Ayah/Ibu : Syeikh Abduh Khairuddin dan ibunya Jathinah berasal dan dusun Jissah Shisyir. Mempunyai pertalian darah dengan Syaidina Umar Ibnu AlKhattab melalui ibunya daripada kabilah Adi.

Jawatan : Sheikhul Al-Azhar pada tahun 1889 Masihi. Anggota pengurus Al-Azhar yang membawa pembaharuan kepada universiti tersebut.

Sifat-sifat Peribadi

1. Muhammad Abduh berpandangan luas, kreatif, aktif dan mempunyai pemikiran yang tajam.

2. Beliau juga kuat beribadat dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.

3. Walaupun beliau seorang yang tegas, namun beliau bersifat penyanyang kepada murid-muridnya.

Pendidikan Muhammad Abduh

Semasa Muhammad Abduh berumur 10 tahun, ayahnya telah menyerahkannya kepada seorang guru untuk mengajarkan al-Quran kepadanya. Tidak berapa lama dalam asuhan guru tersebut, Muhammad Abduh telah dapat menghafaz aL-Quran. Beliau belajar menulis dan membaca dari sekolah Al-Jamik' al-Ahmadi, di Tanta pada tahun 1865 Masihi.

Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar di Kaherah pada tahun 1866 Masihi hingga 1879 Masihi. Muhammad Abduh banyak mendapat bimbingan danipada gurunya Sheikh Hassan Al-Tawil dalam pendidikan.

Muhammad Abduh sempat berguru kepada Jamaluddin Al-Afghani dan semangat perjuangan Jamaluddin AlAfghani juga banyak meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa Muhammad Abduh sehingga pemikiran dan sikap beliau juga turut menerima perubahan kepada sikap yang lebih terbuka dan pemikiran yang bertambah matang dan bernas.

Sumbangan Muhammad Abduh

Muhammad Abduh membangkitkan semangat baru dalam Islam dan beliau dianggap sebagai Mujadid, khususnya di Mesir dan di seluruh dunia amnya. Beliau juga merupakan ketua pengarang yang terkenal.

Beliau memimpin gerakan pembaharuan Islam di Mesir dan Timun Tengah dengan menyusun ajaran Islam dalam bentuknya yang asli dan murni dan menyesuaikannya dengan kemajuan tanpa menyeleweng dan landasan Islam sejati.

Muhammad Abduh bertindak membasmi taklid buta sebaliknya, beliau menganjurkan umat Islam berijtihad dan berijmak, iaitu mengkaji dan mentafsir berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Behiau juga memperbaharui bahasa Arab dalam bidang kesusasteraan dengan memperjuangkan penggunaan bahasa Arab dalam tulisan.

Muhammad Abduh juga menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu sains moden dan memasukkan ilmu ke dalam kurikulum universiti Al-Azhar.

Hasil penulisannya yang kreatif dan pemikirannya yang cerdas mencetuskan semangat revolusi di Mesir. Beliau juga merupakan pengasas gerakan "Ikhwanul Muslimin .

Kesan peninggalan Muhammad Abduh

Muhammad Abduh menghasilkan beberapa buah buku tafsir di antaranya, "Tafsir Juz A'mma (Kaherah, 1904 Masihi dan "Tafsir Surah Al-Asri (Kaherah 1915 Masihi). Tafsiran Muhammad Abduh tidak terikat dengan fahaman kuno atau ortordoks, sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dunia moden tanpa menyeleweng daripada ajaran al-Quran yang sebenar. Sebahagian besar daripada tafsirannya dimuatkan dalam makalah yang penting pada waktu itu, iaitu "Al-Manar .

Kesan danipada pemikiran beliau, baik melalui hasil karangan ataupun fatwa, telah menimbulkan kekecohan dan kegoncangan di kalangan para ulama, terutamanya ulama-ulama yang ortordoks.

Muhammad Abduh pernah menjadi ketua pengadilan pada tahun 1892 Masihi. Cara beliau bekerja ada dicatatkan dalam bukunya yang bertajuk, "Tahrir Fil Islah Al-Mahakim Al Syariyah yang dihasilkan pada tahun 1900 Masihi. Karangan beliau ini membawa perubahan besar dalam bidang pengadilan syarak. Muhammad Abduh juga melaksanakan hukum Islam dan memperkenalkan perubahan dan pembaharuan yang sesuai dengan masyarakat pada waktu itu. Beliau telah meniupkan semangat pembaharuan yang membawa kepada revolusi pada tahun 1882 Masihi.


Hasil-hasil karya Muhammad Abduh


1. Karangan Muhammad Abduh yang pertama mengenai tarikat dan mistik dalam risalah "Al-Waridah yang dihasilkan pada tahun l874Masihi.

2. Beliau juga mengarang
"Kitab Hasyiyah ala Syarhi Ad-Diwani lil Aqaidil Adudiyah pada tahuu 1876 Masihi.

3. Beliau menceburkan diri dalam bidang persuratkhabaran pada tahun l88OMasihi.

4. Beliau juga menjadi pemimpin surat khabar pemerintahan
"Al-Qawaid Misriah pada tahun 1886 Masihi.

5. Pengetahuan dalam bidang ekonomi dan politik juga disentuh dalam hasil karyanya, iaitu
"Kitab Risalah Al-Waridah .

6. Ilmu tasawuf dan mistik dimuatkan dalam bukunya,
"Hasyiyah ala Syarah ad-Diwani lil Akaidil Adudiyah(Kaherah, 1876/1904 Masihi).

7. Ilmu tentang bidang kehakiman pula terdapat dalam bukunya,
"Taqdir Fil Isla al-Mahakimi At-Tadiyah .(Kaherah, 1900 Masihi).

8. Muhammad Abduh juga menuhis "Risalah al-Tauhid pada tahun 1879 Masihi. Hasil penulisan ini adalah karyanya yang sangat berharga mengenai akidah dan agama Islam.

9. Kitab yang diberi nama "Al-Islam Wa Ar Raddu ala Muntaqidihi , dan "Al-Islam wan Nasraniah maal llmu wal Madaniyah , adalah sebuah karangannya yang termasyhur yang membela agama Islam danipada ancaman agama Kristian dalam bidang ilmu pengetahuan dan kebudayaan.


No comments:

Post a Comment