Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Sunday, July 11, 2010

Ibadat Haji - Tingkatan 4

Wednesday, March 10, 2010

Ibadat Haji - Tingkatan 4


Haji:
Ia adalah rukun kelima dari rukun-rukun asas Islam dan ia mempunyai keistimewaan dengan menghimpunkan kesemua rukun-rukun yang lain.

Pengertiannya dari sudut bahasa:
Menuju kepada Allah Yang Maha Agung.

Pengertiannya dari sudut istilah syarak:
Menziarahi tempat-tempat tertentu pada masa-masa tertentu dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan tertentu.



Kelebihan Haji:
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
(Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).

Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:
• Islam
• Berakal • Berkemampuan
• Merdeka • Baligh
Bentuk-bentuk Berkemampuan:

• Selamat tubuh badan
• Aman perjalanan • Tidak ditahan
• Terdapat mahram atau suami bagi perempuan • Tidak berada dalam idah bagi perempuan
Syarat-syarat Sah Mengerjakan Haji:
• Islam
• Berihram
• Masa (Miqat ihram menepati masa) • Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
• Mumayyiz
• Berakal • Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
• Tidak bersetubuh
Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji:
Ia terdiri dari tiga cara iaitu:
1- Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- Tamattu': Iaitu berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah).
Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.
3- Qiran: Iaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah bersama-sama secara serentak).
Firman Allah Taala:
(فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْي فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَة ٌذَلِكَ لِمَنْ لَمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ)
Yang bermaksud:
Maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). (Surah Al-Baqarah, Ayat: 196).
Jemaah Haji yang mengerjakan Haji Qiran dan Tamattu' diwajibkan menyembelih kambing biri-biri (dam) sebagai tanda syukur kepada Allah Taala kerana dia berjaya mengerjakan Umrah dan Haji pada bulan-bulan Haji dengan baik serta di dalam satu perjalanan musafir, sekiranya dia tidak mampu menyembelih dam, dia hendaklah berpuasa selama tiga hari pada musim Haji dan tujuh hari selepas dia pulang ke tanah air.

1 comment: