Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Thursday, July 8, 2010

GLOSARI TINGKATAN 3

Glosari Tingkatan 3

GLOSARI TINGKATAN 3


Adat Jahiliyah
Peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sebelum kedatangan Islam.

Af’alul Ibad
Perbuatan yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah.

Af’alul Idtiroriah
Perbuatan yang lahir luar daripada kehendak dan kemampuan dan usaha manusia.

Af’alul Iikhtiariah
Perbuatan yang lahir daripada kehendak dan pilihan usaha hamba itu sendiri.

Afdhal
Sesuatu yang lebih baik.

Akhirat
Alam yang hanya wujud selepas berlakunya hari kiamat

Akibat
Kesan buruk

Al-Akhirat
Hari akhirat.

Alam Barzakh
Alam kubur/ alam perantaraan diantara alam dunia dan alam akhirat/ tempat berehat untuk orang yang soleh sementara menunggu tiupan sangkakala untuk hari kiamat.

Al-Amin
Yang jujur.

Al-Hawariyun
Pengikut Nabi Isa a.s.

Al-Mizan
Timbangan / Timbangan/neraca yang digunakan pada hari kiamat untuk menentukan balasan seseorang makhluk.

Al-Quraan
Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang kini telah ditulis dan dibukukan.
Membacanya merupakan suatu Ibadah.

Amalan fardhu
Amalan yang wajib dikerjakan.

Amalan sunat
Amalan berpahala kalau diamalkan.

Amanah
Jujur dalam melaksanakan sesuatu tugasan/ tanggungjawab.

Amil
Yang diberikan kuasa untuk memungut zakat dan mengagihkannya kepada yang berhak (asnaf).

Anak Soleh
Anak yang taat dan patuh kepada perintah agama dan ibubapa.

Anbia’
Para nabi.

Ansar
Penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan banyak membantu perjuangan.

Anugerah :
Pemberian yang tinggi dan besar nilainya.

Asnaf :
Golongan yang berhak menerima zakat.

As-Siddiq :
Orang yang bercakap benar.

As-Sirat :
Jalan/titian yang merentasi di atas neraka menuju ke syurga.

As-Sunah/Sunnah Nabi
Setiap pengakuan, percakapan dan perbuatan yang disandarkan kepada nabi Muhammad S.A.W

Atmosfera
Lapisan udara, ruang di antara bumi dan bulan.

Auliak
Para wali.

Azab
Siksa atau pembalasan yang diterima selepas kematian akibat dosa yang dilakukannya.

Az-zarubu’/al-ithmu/as-sayiah/al- isyan
Dosa/keburukan

Baitulmal
Institusi kewangan islam/yang menguruskan sistem kewangan Islam. Berbai’ah : Berjanji taat setia.

Baiyatu ar-Ridhwan/as-Syajarah
Janji setia yang dilakukan oleh para sahabat bagi menuntut bela atas kematian Saydina Osman dengan berikrar berperang sehingga ke titisan darah yang terakhir yang berlangsung di bawah sepohon pokok.

Baladah
Bodoh.

Bashariah
Sifat kemanusiaan.

Basmalah
Singkatan Bismilillahirahmnirahim

Berkat
Kurniaan dan rahmat Allah yang mendatangkan kebaikan.

Bermukim
Tinggal menetap di suatu tempat melebihi 3 hari atau suatu tempoh yang tertentu.

Cukai
Bayaran yang dikenakan oleh pemerintah kepada penduduk, dan syarikat untuk kegunaan perbelanjaan Negara.

Cukup Haul
Cukup tempoh /genap setahun calendar hijrah.

Cukup Nisab
Cukup had minima yang ditetapkan.

Dajjal
Makhluk yang merosakkan umat manusia, aqidah dan membuat kerosakan dimuka bumi.

Dakwah :
Seruan Islam / Kegiatan menyeru dan membimbing kea rah perkara yang baik dan meninggalkan kejahatan/ kemungkaran.

Dalil
Bukti /hujah

Dalil Aqli
Dalill yang terhasil dari pemikiran akal yang sempurna.

Dalil Naqli
Bukti yang diambil dari al-Quran atau Hadith

Diplomasi
Kecekapan atau kebolehan mengurus perhubungan rasmi antara satu pihak dengan pihak lain.

Dosa
Balasan buruk yang akan menjanjikan azab siksa kepada Hambanya yang yang tidak mematuhi perintah atau melanggar larangannya

Fadhu Ain
Perkara yang wajib dilakukan oleh setiap individu muslim

Fakir
Orang yang tiada pendapatan, atau berpendapatan tetapi tidak memenuhi walaupun separuh keperluan dirinya atau orang yang dibawah tanggungannya.

Fardhu Kifayah
Perkara yang wajib dilakukan tetapi memadai jika dilakukan oleh sekurang- kurangnya seorang

Fasik
Orang yang membiasakan diri dengan dosa-dosa.

Fatanah
Cerdik /bijaksana

Fatwa
Keputusan agama atau hukum yang dikeluarkan oleh sekumpulan ulama mengenai sesuatu masalah.

Fi Sabilillah
Orang berjuang menegakkan agama Islam atau berdakwah.

Ghaib
Perkara /sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia biasa.

Gharimin
Orang yang berhutang untuk keperluan asas dirinya dan keluarganya atau untuk kepentingan orang ramai dan tidak mampu membayarnya.

Hadis al-Ifk
Peristiwa Abdullah ibnu Ubai memfitnah saydatina Aisyah berkhalwat dengan Safwan ibnu al-Muattal as- Sulami.

Hamba
Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk menebus diri untuk untuk dimerdekakan.

Hari Kiamat
Hari pembalasan, setiap makhluk menunggu giliran untuk dihisab dan menerima pembalasan setimpal dengan amalannya di dunia .nama lain bagi hari kiamat ialah, al- hasyr, al-ghashiah, as-sa’ah, al-waqiah,al-wa’du,al- haqah,al-qari’ah,at-tanad, al-fasl, ad-din,an-nusyur.

Hauqalah
Melafazkan “la haula wala quata illa billah

Hidayah
Petunjuk kearah kebenaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki.

Hikmah
Bijaksana.

Humaira’
Putih kemerah-merahan (merah jambu)/ gelaran yang diberikan kepada Saydatina Aisyah r.a.

Ibnu Sabil
Orang yang bermusafir dan terputus bekalan/ kehabisannya. Muallaf : Orang yang baru memeluk Islam/masih lemah imannya.

Iftirash
Duduk seperti duduk antara dua sujud atau keadaan yang termampu.

Ihsan:
Melakukan amalah baik dan tidak bercanggah dengan syara’ / Kemurahan hati.

Ikhlas
Hati yang bersih dan jujur

Ikhtiar
Usaha manusia untuk melaksanakan sesuatu mengikut kehendaknya bagi mencapai sesuatu matlamat.

Iltizam
Melakukan sesuatu dengan keazaman yang tinggi dan berterusan.

Iman
Mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati, dan mengamalkan dengan anggota segala perkara yang diperintahkan oleh Allah

Insaf
Memahami sesuatu perkara sehingga memperolehi kesedaran.

Irhas
Perkara yang diluar logik pemikiran manusia/ kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang yang akan dilantik menjadi rasul bagi menarik perhatian bakal umatnya

Ismah/maksum
Terpelihara dari melakukan sebarang dosa kecil dan besar.

Isra’
Perjalanan nabi dari masjidil haram ke masjidil Aqsa.

Istighfar
Memohon keampunan.

Jidal
Berhujah/ berdebat.

Jihad
Perang suci menentang orang-orang kafir kerana mempertahankan agama islam/ Semangat juang yang tinggi demi mempertahankan agama Islam.

Judi
Pertaruhan

Kafir
Orang yang tidak beriman kepada Allah dan ingkar samaada pada hati, percakapan dan perbuatan.

Kaifiat
Cara melakukan sesuatu dengan cara yang tertentu.

Kalimullah
Nabi yang berpeluang berbual secara langsung dengan Allah.

Karamah
Perkara yang diluar logik pemikiran manusia/ kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang soleh.

Kazib
Bohong/ dusta.

Kematian
Perpisahan sementara tubuh manusia dan jasadnya dengan ruhnya.

Keupayaan
Kesanggupan/ kebolehan untuk melakukan sesuatu.

Khadam
Hamba atau orang suruhan.

Khalilullah
Kekasih Allah.

Khatamul anbiya’
Nabi terakhir.

Khatib
Orang yang menyampaikan khutbah.

Khianat
Lawan amanah, tidak jujur tidak melakukan tugasan yang diberikan/ tidak bertanggungjawab/ pecah amanah.

Khurafat
Kolot/ karut

Khusyuk
Dengan penuh tumpuan, sepenuh hati ketika melakukan sesuatu.

Khutbah Jumaat
Memberikan nasihat mengenai ajaran Islam yang disampaikan dalam bentuk syarahan pada waktu Zohor Fardhu Jumaat. hari Jumaat sebelum menunaikan

Kitab Allah
Wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepada umatnya.

Klasifikasi
Mengkelaskan/ mengasingkan/membahagikan.

Kordinasi
Sesuatu perkembangan /kedudukan.

Kufur
Sikap mengingkari perintah Allah.

Liwat
Homoseks /memasukkan kemaluan lelaki ke dubur.

Ma’athur
Berkesan.

Mahar
Mas kahwin atau pemberian wajib daripada suami kepada isteri samaada berbentuk wang, atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah.

Mahmudah
Yang terpuji

Mahsyar
Tempat perhimpunan manusia pada hari kiamat untuk menunggu dihisab amalannya.

Maksiat
Setiap perbuatan yang melanggar perintah dan larangan Allah

Malaikat
Makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya, tidak berjisim, sentiasa patuh kepada perintah Allah.

Maruah diri : Kehormatan diri/ harga diri.

Mau’izoh Hasanah
Nasihat yang baik.

Maunah
Bantuan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang beriman.

Mazmumah
Perkara /perbuatan buruk yang mengakibatkan dosa

Mazmumah
Yang tercela.

Mikraj
Perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Miskin
Orang yang berpendapatan, atau ada pekerjaan tetapi tidak memenuhi /mencukupi untuk keperluan dirinya atau orang yang dibawah tanggungannya.

Muhajirin :
Pengikut Rasulullah S.A.W. yang berpindah dari Mekah ke Madinah.

Mukallaf
Orang yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan syarak.

Mukjizat Hissi
Mukjizat yang hanya dapat dirasai dengan pancaindera.

Mukjizat Maknawi
Mukjizat yang diketahui keluarbiasaanya biasanya menggunakan kekuatan akal fikiran. Contoh :al -Quran

Mukjizat
Perkara yang diluar logik pemikiran manusia/ kejadian luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada nabi/rasulNya.

Mukmin
Orang yang beriman.

Munafik
Orang yang menzahirkan keimanannya sedangkan dihatinya benci dan kufur.

Munajat
Memohon sesuatu yang baik atau menolak keburukan dari Allah.

Murtad
Keluar dari agama Islam.

Musafir
Orang yang sedang dalam perjalanan melebihi 2 marhalah (90 km) dengan niat yang baik.

Musibah
Bencana, kecelakaan atau malapetaka.

Musibah
Malapetaka/bencana.

Nabi
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya sahaja dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.

Najullah
Nabi yang diselamatkan oleh Allah

Neraka
Tempat dimana orang yang kufur dan tidak beriman akan mendapat balasan azab dan siksaan atas kekufuran dan keingkaran mereka di dunia.

Neraka/An-Nar
Tempat balasan siksa yang dijanjikan oleh Allah kepada hambaNya yang ingkar dan kafir kepada perintahnya dan pelaku dosa. Nama lain bagi neraka jahanam, sair, lazzo, saqar,jahim, hawiyah, hutomah

Nikmat
Kesenangan.

Padang mahsyar
Tempat perhimpunan semua manusia /makhluk selepas dihidupkan semula untuk menanti giliran dihisab dan menunggu balasan.

Pahala
Balasan baik yang akan menjanjikan nikmat kepada hambanya yang yang mematuhi perintah atau tidak melanggar larangannya

Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata antara umat Islam dengan kaum Quraish yang berlaku di tempat yang bernama “Hudaibiyah”.

Piagam Madinah/ Sahifah Madinah
Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan yang terdiri daripada orang Islam dan Yahudi di Madinah.

Qada’ mualaq
Ketentuan Allah terhadap sesuatu perkara sesuai dengan usaha dan ikhtiar manusia/makhluk.

Qada’ mubram
Sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan tidak akan berubah.

Qada’
Hukum/ketentuan/penyempurnaan sesuatu/ ketentuan Allah sejak azali terhadap semua makhluk.

Qadar
Menentukan kadar sesuatu perkara / pelaksanaan sesuatu perkara mengikut masa dan kadar yang telah ditentukan sejak azali oleh Allah.

Qanaah
Berpada-pada, berpuas hati, dan redha atas apa yang dikurniakan oleh Allah disamping tidak berputus asa berusaha.

Qiamulail
Berjaga pada waktu malam untuk beribadat.

Rahmah/rahmat
Belas kasihan.

Rasuah
Sogokan yang berupa harta, wang ringgit, hadiah, habuan untuk mendapatkan sesuatu yang tidak diperolehi, sukar diperolehi melalui jalan mudah

Rasul
Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah yang diturunkan Wahyu kepadanya untuk diamalkan olah dirinya dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.

Raudhah
Tempat diantara makam nabi dengan mimbar nabi di masjid Nabawi di Madinah (salah satu dari taman-taman syurga).

Redha
Rela.

Riba’
Interest/bunga atau bayaran yang melebihi jumlah yang dipinjam.


Rikkaz
Harta yang dijumpai/ harta yang tertanam/ harta karun.

Rukhsah
Hukum hakam yang disyariatkan oleh Islam untuk meringankan orang yang diwajibkan (mukalaf) dalam keadaan tertentu.

Rukyah
Menetapkan tarikh awal Ramadan atau Syawal atau Zulhijah dengan melihat anak bulan.

Sahabat Rasulullah
Orang yang hidup dan memeluk Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.

Sahifah
Lembaran /perjanjian bertulis.

Sam’iyat
Perkara ghaib atau yang belum berlaku yang dikhabarkan melalui al-Quran dan Hadith.

Sayidatu Nisa’al-aalamin
Ketua wanita di dunia dan akhirat.

Sayidul Mursalin
Penghulu para rasul.

Sayidus syabab ahli al-jannah
Ketua Pemuda ahli syurga.

Sedekah
Bantuan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan samaada dalam bentuk harta atau bantuan dan sebagainya.

Sempurna milik :
Berkuasa penuh keatas sesuatu harta samaada untuk menjual, memberi dsb tanpa sebarang sekatan.

Sesat
Tidak mengikut jalan yang benar/lurus.

Sidqu
Benar.

Sihir
Perkara yang diluar logik pemikiran manusia/ kejadian luar biasa yang dipelajari oleh manusia kerana dorongan hawa nafsu untuk melakukan kejahatan dengan bantuan jin, iblis dan syaitan.

Silatur Rahim
Ikatan persaudaraan.

Silaturrahim
Hubungan persaudaraan

Solat ketika sakit
Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada melakukannya secara biasa.

Solat Sunat Hajat
Sembahyang yang ditunaikan untuk kita memohon sesuatu hajat kepada Allah samaada ingin mendapat sesuatu kebaikan atau menolak keburukkan.

Solat Sunat Tahajud
Solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam.

Solat Rawatib
Sembahyang sunat dua rakaat yang dilakukan mengiringi solat fardhu iaitu sebelum dan selepasnya.

Soleh/solihin
Orang yang taat kepada setiap perintah Allah.

Sunat muakkad
Sunat yang sangat dituntut.

Syafaah
Pertolongan Rasulullah /bantuan untuk mendapatkan rahmat Allah.

Syafaat
Pertolongan untuk menyampaikan permohonan (kepada Allah).

Syahid
Orang yang mati kerana agama Islam/ mati dalam perang sabil kerana mempertahankan agama Islam.

Syariat
Hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh Islam.

Syariat
Hukum agama.

Syirik
Menduakan/menyekutukan Allah.

Syurga
Tempat dimana orang yang beriman dan soleh akan mendapat balasan nikmat dan anugerah atas ketaatan mereka di dunia.

Syurga/ al-jannah
Taman yang permai indah dan dipenuhi dengan berbagai nikmat dan keselesaan sebagai balasan kepada hamba Allah yang patuh dan taat kepada perintahnya. Nama- nama bagi syurga seperti an-naim, adnin, makwa, firdaus, makamun-amin, al-khulud dan as-salam.

Tabligh
Menyampaikan.

Tahlil
Melafazkan kalimah “la ilaha illa Allah” berulang-ulang kali/memuji Allah

Tahmid
Memuji Allah/ berzikir.

Takabur
Sombong/ bongkak.

Takbir
Mengagungkan Allah/ memuliakan Allah.

Talaqi
Membaca/ belajar secara berhadapan dengan guru.

Tamadun
Kehidupan masyarakat manusia yang bercirikan kemajuan.

Tasbih
Mengucapkan “subhanallah”

Taubat Nasuha
Penyesalan yang sebenar-benarnya atas dosa yang telah dilakukan dan berazam tidak akan melakukannya lagi.

Taubat
Menyesali akan dosayang telah dilakukan dan berazam tidak mengulanginya lagi.

Tawaduk
Rasa rendah diri.

Tawakal
Berserah diri kepada Allah setelah berusaha.

Tawakal
Berserah diri kepada Allah, setelah berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh- sungguh.

Toghut
Yang melampaui batasan

Ukhuwah
Persaudaraan dalam Islam.

Ulama’
Orang yang berilmu.

Ulul Azmi
Nabi-nabi yang tabah dan cekal hati, kuat keazaman dan amat sabar menempuhi pelbagai ujian dan cubaan dalam menegakkan agama Allah.

Ummu abiha
Ibu kepada ayahnya.

Zabihullah
Korban Allah.

Zakat Fitrah
Mengeluarkan secupak makanan asasi sesebuah Negara dengan kadar tertentu yang diberikan kepada orang yang tertentu dengan syarat tertentu.



No comments:

Post a Comment