Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."
Showing posts with label TAHUN BARU SESI 2011. Show all posts
Showing posts with label TAHUN BARU SESI 2011. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

PENDAFTARAN TINGKATAN 1






Pendaftaran murid Tingkatan 1 diadakan pada 30 Disember 2010. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi tetapi pukul 7 pagi sudah ada ibu bapa tercegat di kawasan sekolah. Begitu bersemangat ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka ke SMKDHTK. Al-maklum nama SMKDHTK begitu melonjak dengan keputusan PMR 2010 antara yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah di Daerah Alor Gajah dan dapat menandingi jiran SMKDDS. Satu pencapaian yang sangat membanggakan seluruh warga SMKDHTK.

Program pendaftaran disi dengan slot Taklimat kepada ibu bapa oleh barisan pentadbir sekolah. Murid juga dibekalkan dengan buku Panduan Disiplin Sekolah oleh Unit HEM.Diharapkan murid-murid Tingkatan 1 tahun ini bakalmeneruskan legasi kecemerlangan SMKDHTK. Jangan dihancurkan harapan ibu bapa dan guru yang ingin melihat mereka menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin.....




Sesi Persekolahan 2011






Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu. 2010 melabuh tirai, muncul 2011. Sesi persekolahan 2011 dimulakan dengan Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 28 Dis 2010.
Sekolah berwajah baru dengan pelbagai sudut diperindah dengan hiasan tumbuh-tumbuhan, mengenakan cat-cat baru di kawasan-kawasan tertentu. Tahun baru semua pun baru. Paling penting semangat baru guru dan pelajar.
Mesyuarat pertama berjalan lancar, sibuk guru-guru membelek buku takwim persekolahan 2011 dan melihat bidang tugas masing-masing. Biasalah adat sesuatu perkara, mesti ada suara-suara belakang tentang ketidakpuasan hati masing-masing terhadap tugasan baru, tapi kematangan berfikir secara rasional, semua ni hanya masalah picisan sahaja. Apa pun semua guru berazam untuk meningkatkan prestasi mereka tahun ini bagi memastikan SMKDHTK tergolong dalam kelompok sekolah cemerlang di Negeri Melaka. "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh".