Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



SELAMAT HARI GURU WARGA PENDIDIKAN SMKDHTK
KENANGAN BERSAMA TETAP DIINGATAN

Sunday, May 22, 2011

SELAMAT HARI GURU

Theme for Teacher’s Day 2011 (Tema Hari Guru 2011)

The theme for Hari Guru 2011 as announced early April 2011 is “GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA“. This can be literally translated as “Teachers as the Force behind Transforming the Education of the Nation“. This is a brand new theme for this year’s Hari Guru 2011 celebration. Hopefully the theme this year can spur greater efforts from teachers around Malaysia to improve the quality of education. An extra effort from every teacher will do wonders in improving the overall quality and the improvement should not only come in the form of grade. It should instead be holistic in nature.

A complete list of the previous 39 celebrations of Hari Guru is shown below:

Tema hari Guru 2010 – Guru Pembina Negara Bangsa
Tema hari Guru 2009 – Guru Pembina Negara Bangsa
Tema hari Guru 2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
Tema hari Guru 2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang
Tema hari Guru 2006 – Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
Tema hari Guru 2005 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
Tema hari Guru 2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
Tema hari Guru 2003 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
Tema hari Guru 2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
Tema hari Guru 2001 – Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
Tema hari Guru 2000 – Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
Tema hari Guru 1999 – Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
Tema hari Guru 1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
Tema hari Guru 1997 – Guru Bestari Sekolah Bestari
Tema hari Guru 1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
Tema hari Guru 1995 – Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
Tema hari Guru 1994 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
Tema hari Guru 1993 – Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
Tema hari Guru 1992 – Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
Tema hari Guru 1991 – Ke Arah Pendidikan Cemerlang
Tema hari Guru 1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
Tema hari Guru 1989 – Guru Pembina Budaya Ilmu
Tema hari Guru 1988 – Guru Pengasas Budaya Membaca
Tema hari Guru 1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
Tema hari Guru 1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
Tema hari Guru 1985 – Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
Tema hari Guru 1984 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
Tema hari Guru 1983 – Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
Tema hari Guru 1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
Tema hari Guru 1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
Tema hari Guru 1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
Tema hari Guru 1979 – Murid Sejahtera Negara Jaya
Tema hari Guru 1978 – Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
Tema hari Guru 1977 – Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
Tema hari Guru 1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
Tema hari Guru 1975 – Guru dan Pembangunan Negara
Tema hari Guru 1974 – Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
Tema hari Guru 1973 – Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
Tema hari Guru 1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Monday, October 18, 2010

UCAPAN IKHLAS


SELAMAT HARI RAYA UNTUK WARGA SMKDHTK.
MAAF ZAHIR BATIN

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53




Wednesday, May 26, 2010

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Semoga Jasa Kami Tetap Di Kenang Sepanjang Hayat

Sepuntung Dian, Serangkai Intan…

Profesi ini…
Tetaplah terus menjadi inspirasi,
digemari dan diminati
meski di hadapan ternanti…
aneka cabaran yang menguji,
barangkali juga bertali-tali
menuntut ketulusan hati
agar segalanya nanti
berharga di sisi Ilahi
Semoga DIA akan membalasi… dengan ganjaran yang tinggi.

Profesi ini…
tetaplah terus disanjung dan dihargai
kerana kita mengerti
bahawa jasa, pengorbanan dan bakti
yang telah mereka taburi
banyaknya tiada terperi
bukan ringgit warisan budi
membentuk warisan generasi
agar segak berdiri… dihiasi sahsiah dan jati diri.

Profesi ini…
tetaplah terus disayangi, dicintai dan dikasihi
kerana kita sebenarnya mengakui
merekalah yang banyak memberi
sedangkan sedikit dibalasi
mereka juga sering dilibati
jika krisis moral generasi
semakin menjadi-jadi
sedangkan senario terkini
yang disebut globalisasi
banyak mencorak mempengaruhi
menyumbang nilai-nilai tidak murni
justeru kita juga harus fahami
dan bersama mengawasi
kerana tugas ini… tanggungjawab setiap diri.

Profesi ini…
Tetaplah terus dikagumi dan dihormati
kerana kita menyedari
hakikatnya mereka adalah nadi
di dalam tubuh pertiwi
menjana bangsa bermula dari umbi
kerana…
bukankan sebelum mencecahkan kaki ke tangga universiti
atau berpenat meraih rezeki
awalnya perlu dahulu mengenal A, B, C
atau alif, ba, ta, – huruf-huruf jawi
perlu pandai mengira, mencampur, darab, tolak dan bahagi
di samping tidak melupai
didikan berakhlak terpuji
membentuk peribadi berbudi pekerti
kerana…
walaupun tamadun melangit tinggi
andai akhlak menyapu bumi
sedikit pun tidak beerti

Profesi ini…
tetaplah terus dibanggai dan disyukuri
hingga tersemai keinsafan di dalam hati
bahawa mereka yang berada di bidang ini
sungguh beruntung sekali
ilmu dan tunjuk ajar diberi
semoga menjadi jariah selepas mati
bukankah di sana nanti
segala-galanya tidak berguna lagi
selain iman dan amal bakti……..

Sesungguhnya bukan sebarang jasa…
Seorang Insan bergelar GURU

16 Mei 2010


Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT HARI IBU

REDHOMU KE SYURGA


Kurenung wajah itu
Lesu pucat tak bermaya
Semakin banyak garis-garis halus
Masih kuat bekerja
Wajah yang sentiasa dihati
Walau apa sekalipun terjadi.

Kupegang erat tangannya
Hangat seperti dulu
Keberkatan air tangannya
Mengasuh mendidik tanpa jemu
Merawat sakitku
Dari hari pertama dilahirkan
Hingga kini
Perjuangannya masih belum selesai.

Terima kasih mak!
Jasamu tidak mungkinku bayar
Walau dengan intan berlian bergunung
Kerana doamu
Pasti kerana izinNya
Aku mampu berdiri seperti sekarang.

Terima kasih ma!
Kerana melahirkan seorang anak yang soleh
Bertanggungjawab yang mendidik
Baik dan sabar
Suamiku yang penyayang.

Mak dan ma
Hari ibu bukan selayaknya bagimu
Kerana jasamu bukan untuk dikenang untuk sehari
Tetapi setiap saat dan detik
Bahkan dijunjung hingga keakhirnya
Redhomu membawa ke syurga!