Salam Ukhwah
Thursday, February 3, 2011
Ibnu Khaldun - Tokoh Sejarawan Ulung

Dalam bidang sosiologi dan falsafah sejarah, Ibn Khaldun adalah nama tokoh yang tidak asing lagi. Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Mohamad. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali dengan gelaran Ibn Khaldun yang diambil sempena nama nenek moyangnya.
Keluarga Ibn Khaldun asal usulnya ialah daripada Yemenite, Arab, tetapi kemudiannya berhijrah ke Tunisia. Beliau dilahirkan pada 1332, di mana beliau mendapat pendidikan awal di sana.
Minatnya yang amat mendalam dalam ilmu pengetahuan membawanya berhijrah ke Fez. Ketika di sana, berlaku pergolakan politik yang menjejaskan kerjaya Ibn Khaldun. Tempoh pergolakan ini termasuklah masa pelarian Ibn Khaldun selama tiga tahun di sebuah perkampungan kecil yang dinamakan Qalat Ibn Salama di Algeria.
Tempoh pelarian ini memberikan peluang kepada Ibn Khaldun untuk menulis Muqaddimah iaitu volum pertama sejarah dunia yang memberikan perubahan penting dalam hidup Ibn Khaldun. Muqaddimah telah berjaya meletakkan Ibn Khaldun sebaris dengan ahli sejarah, siosiologi dan ahli falsafah lain yang terkemuka.
Bagaimanapun selepas Muqaddimah ditulis, kerjaya Ibn Khaldun masih belum mantap. Ibn Khaldun memilih Mesir sebagai tempat tinggalnya dan berada di sana selama 24 tahun. Di Mesir, Ibn Khaldun dihormati dan termahsyur. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Hakim dan memberi syarahan di Universiti Al-Azhar.
Sumbangan Ibn Khaldun dalam dunia akademik Islam sebenarnya ialah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi. Penulisan beliau tertumpu kepada sejarah dunia dan juga menganalisis peristiwa-peristiwa sejarah. Tulisannya yang dikenali sebagai Muqaddimah atau Prolegomena adalah berasaskan kepada pendekatan unik Ibn Khaldun. Tulisan itu telah menjadi 'ibu' kepada kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. Dalam tulisannya itu, Ibn Khaldun membincangkan mengenai pengenalpastian bagaimana faktor psikologi, ekonomi, alam sekitar dan sosial menyumbang kepada peningkatan tamadun manusia dan juga sejarah semasa.
Ibn Khaldun secara terperinci menganalisis hubungan dinamik kumpulan manusia dan menunjukkan bagaimana perasaan perkumpulan iaitu al-Asabiyya, telah berjaya meningkatkan tamadun dan juga kuasa politik manusia. Ibn Khaldun juga mengenal pasti pengulangan yang hampir sama mengenai kebangkitan dan kejatuhan tamadun manusia dan juga mengenal pasti faktor-faktor penyumbang.
Satu ciri istimewa Ibn Khaldun berbanding ahli sejarah dan falsafah lain ialah dari segi memberi intepretasi kepada sejarah yang sebahagian besarnya hanya memberi tumpuan dalam konteks politik. Bagaimanapun, Ibn Khaldun memberi penekanan kepada faktor persekitaran, sosiologi, psikologi dan ekonomi.
Pendekatan Ibn Khaldun ini adalah satu revolusi baru dalam sains sejarah dan juga menjadi asas kepada ilmu sosiologi. Selain Muqadimmah, Ibn Khaldun juga menulis beberapa lagi siri buku sejarah seperti Kitab al-I`bar iaitu mengenai sejarah Arab, pemimpin kontemprorari Islam, Eropah, sejarah purba kala Arab, Yahudi, Greek, Roman, Parsi dan sebagainya.
Siri penulisan terakhir yang sebahagian besarnya mempunyai kejadian-kejadian yang berkaitan dengan hidupnya dikenali sebagai Al-Tasrif. Tulisan ini juga disampaikan dalam bentuk saintifik dan juga sebenarnya memperkenalkan gaya penulisan analitikal autobiografi. Ibn Khaldun juga menulis buku Matematik yang tidak lagi wujud kini.
Kebijaksanaan Ibn Khaldun mengenai subjek sejarah, falsafah sejarah, sosiologi, sains politik dan juga pendidikan kekal agung sepanjang hidupnya. Malah, buku-bukunya juga telah diterjemahkan kepada banyak bahasa sama ada di timur dan barat. Hasil pemikiran Ibn Khaldun menerusi buku-bukunya itu banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu-ilmu ini di merata tempat.
Seorang ahli akademik tersohor, Prof. Gum Ploughs dan Kolosio berkata, penulisan Ibn Khaldun adalah setaraf dengan tulisan The Prince oleh Machiavelli yang ditulis sekurun selepas itu.
Ibnu Khaldun - Tokoh Sejarawan Ulung


Ibn Khaldun secara umumnya diiktiraf sebagai pengasas dan bapa sosiologi dan sains sejarah. Beliau paling dikenali kerana Muqaddimah Ibn Khaldun (Pendahuluan Ibn Khaldun) beliau yang masyhur itu. ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad, umumnya dikenali sebagai Ibn Khaldun sempena seorang leluhur yang jauh, dilahirkan di Tunis pada tahun 732H (1332M) dalam sebuah keluarga kelas atasan yang berhijrah dari Seville, al-Andalus (Sepanyol semasa dalam pemerintahan orang Islam). Leluhur beliau adalah Arab Yaman yang menetap di Sepanyol pada permulaan pemerintahan Islam dalam kurun ke-8.
Semasa tahun-tahun pembentukan beliau, Ibn Khaldun menyaksikan penglibatan aktif keluarga beliau dalam kehidupan intelektual Bandar, dan dalam skala yang lebih kecil, kehidupan politiknya. Beliau biasa dengan kunjungan kerap terhadap keluarga beliau daripada pemimpin-pemimpin politik dan intelek negara-negara Islam Barat (contohnya Afrika Utara dan Sepanyol), ramai antara mereka mencari perlindungan di sana. Ibn Khaldun menerima pendidikan di Tunis dan Fez, dan mempelajari al-Quran, hadith dan cabang-cabang pengajian Islam yang lain seperti ilmu kalam, shari’ah (fiqh undang-undang Islam menurut mazhab Maliki). Beliau juga mempelajari kesusasteraan Arab, falsafah, matematik dan astronomi. Ketika beliau masih remaja, beliau berkidmat dengan pemerintah Mesir, Sultan Barquq.
Ibn Khaldun menjalani kehidupan politik yang aktif sebelum beliau akhirnya berhenti untuk menulis karya besar beliau mengenai sejarah yang terkenal itu. Beliau bekerja untuk pemerintah-pemerintah di Tunis dan Fez (Morokko), Granada (al-Andalus) dan Biaja (Afrika Utara). Pada tahun 1375, Ibn Khaldun merentas ke al-Andalus (Granada) sebagai seorang yang letih dan kecewa hanya kerana mahu melepaskan diri daripada kekacauan di Afrika Utara. Malangnya, disebabkan sejarah politik beliau yang lalu, pemerintah Granada mengusir beliau. Beliau kemudian kembali ke Algeria dan menghabiskan empat tahun dalam pengasingan di Qalat Ibn Salamah, sebuah kampung kecil. Semasa di Qalatlah beliau menulis Muqaddimah, jilid pertama sejarah dunia beliau yang meletakkan beliau di tempat abadi di kalangan sejarawan, sosiologis dan ahli falsafah. Ketidaktentuan karier berterusan disebabkan rusuhan di Afrika Utara. Akhirnya, beliau menetap di Mesir yang beliau habiskan 24 tahun yang terakhir. Di sini, beliau hidup dalam keadaan terkenal dan dihormati, ditandai dengan pelantikan beliau sebagai Ketua Hakim mazhab Maliki. Beliau juga memberi syarahan di Universiti al-Azhar.
Ibn Khaldun berpindah dari satu istana ke satu istana yang lain, kadang-kala atas kehendak beliau sendiri, tetapi selalunya dipaksa berbuat demikian oleh saingan-saingan yang merancangnya atau pemerintah-pemerintah yang zalim. Beliau mempelajari banyak daripada pertemuan beliau dengan para pemerintah, duta-duta, ahli-ahli politik dan para sarjana dari Afrika Utara, al-Andalus, Mesir dan bahagian-bahagian dunia Islam yang lain.
Ibn Khaldun paling masyhur dengan buku beliau Muqaddimah (Pendahuluan). Ia adalah masterpiece dalam kesusasteraan mengenai falsafah sejarah dan sosiologi. Tema utama dalam karya besar ini adalah untuk mengenali fakta-fakta psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbang kepada kemajuan tamadun manusia dan peristiwa-peristiwa semasa dalam sejarah. Beliau menganalisis daya gerak hubungan perkauman dan menunjukkan bagaimana rasa perkauman (syu’b al-‘asabiyyah) dapat menghasilkan kenaikan tamadun dan kuasa politik baru. Beliau mengenal pasti ulangan hampir berirama bagi kebangkitan dan kejatuhan dalam tamadun manusia, dan menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepadanya.
Pandangan-pandangan revolusi Ibn Khaldun telah menarik perhatian sarjana-sarjana Muslim dan juga ramai pemikir Barat. Dalam kajian sejarah beliau, Ibn Khaldun adalah peneroka dalam mensubjekkan laporan-laporan sejarah kepada dua kategori asas iaitu akal, dan undang-undang sosial dan fizikal. Beliau mengetengahkan empat perkara penting dalam kajian dan analisis laporan sejarah seperti berikut:
(1) mengaitkan peristiwa-peristiwa antara satu sama lain melalui sebab dan akibat
(2) membuat analogi antara masa lalu dan masa sekarang
(3) mengambil kira kesan persekitaran
(4) mengambil kira kesan keadaan yang diwarisi dan ekonomi
Ibn Khaldun menerokai kajian kritis terhadap sejarah. Beliau menyediakan kajian analisis mengenai tamadun manusia, permulaannya, faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuannya dan sebab-sebab kejatuhannya. Oleh itu, beliau telah mengasaskan satu sains baru: sains kemajuan sosial atau sosiologi, seperti mana yang kita panggil sekarang. Ibn Khaldun menulis: “Saya telah menulis sebuah buku mengenai sejarah yang dalamnya saya bincangkan sebab-sebab dan akibat-akibat kemajuan negara-negara dan tamadun-tamadun, dan saya mengikuti satu kaedah yang tidak lazim dalam menyusun material buku tersebut, dan saya mengikuti satu kaedah baru dan inovatif dalam menulisnya.” Dengan memilih kaedah analisis tertentu beliau itu, beliau telah mencipta dua sains baru: historiologi dan sosiologi serentak.
Ibn Khaldun berhujah bahawa sejarah tertakluk kepada undang-undang semesta dan menyatakan kriteria bagi fakta sejarah: “Peraturan bagi membezakan apa yang benar dan apa yang palsu dalam sejarah adalah berdasarkan kebolehjadian atau ketidak bolehjadiannya: iaitu saya katakan, kita mesti memeriksa masyarakat manusia dan membezakan antara sifat-sifat yang penting dan semulajadi dalam tabiinya dan apa yang secara kebetulan dan tidak perlu dilaporkan, mengenal pasti dengan lebih lanjut apa yang tidak mungkin dimilikinya. Jika kita melakukan ini, kita mempunyai satu peraturan untuk memisahkan fakta sejarah dari kesilapan dengan menggunakan kaedah-kaedah demonstratif yang tiada keraguan. Ia adalah kayu ukur sejati yang dengannya para sejarawan dapat mengesahkan apa sahaja yang mereka riwayatkan.”
Ibnu Khaldun - Tokoh Sejarawan Ulung
TAJUK : IBNU KHALDUN
Biodata
Nama : Abdul Rahman bin Muhamad bin Muhamad
Lahir : Tunisia
Tarikh Lahir : 732H/ 1332M
Keturunan : Arab Yaman
Bapanya : Seorang sarjana
Jawatan : Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishak bin Ali Yahya
Anggota majlis Ilmiah
Anggota Jabatan setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi al-Hassan di Fas, Maghribi
Usia : 87 tahun
Meninggal dunia : Di Kaherah, Mesir 808H/1406M
Keperibadian Ibnu Khaldun
1. Tekun mencari ilmu.
2. Berjiwa pemimpin.
3. Kreatif.
Pendidikan
1. Mempelajari asas agama dan Bahasa Arab dari bapanya.
2. Mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti mantiq, falsafah, sains, dan matematik dari Muhamad bin Ibrahim al-Abadi.
3. Mendapat pendidikan tinggi dari guru-guru yang terkenal seperti Ahmad bin al-Qassar dan Lisannuddin bin al-Khalib.
Sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran Islam
1. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi,, sosialogi dan pendidikan.
2. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmuan serta judul- judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi.
Contoh Soalan
1. Dimanakah Ibnu Khaldun dilahirkan?
2. Ibnu Khaldun meninggalkan sumbangan yang amat bernilai kepada tamadun manusia.
Terangkan dua sumbangan beliau dalam bidang pemikiran Islam.
Friday, July 16, 2010
Jamaluddin al-Afghani
Jamaluddin al-Afghani
Nama lengkapnya adalah Jamaluddin al-Afghani as-Sayid Muhammad bin Shafdar al-Husain. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali dengan nama Jamaluddin al-Afghani. Gelaran ‘sayid’ yang disandangnya, membuatkan sebilangan sarjana menganggap beliau berasal dari keturunan Hussain bin Ali. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di sebuah kampung bernama Asadabad, Hamadan, Iran (Parsi). Bagaimanapun, sesetengah sumber lama (tradisional) pula menyatakan beliau lahir di Asadabad, wilayah Kunar, Afghanistan.
Ia merupakan seorang pemikir Islam, aktivis politik dan jurnalis terkenal. Kebencian al-Afghani terhadap kolonialisme menjadikan beliau pencetus gerakan nasionalisme dan pan-Islamisme yang gigih, baik melalui ceramah mahupun tulisan-tulisannya.
Beliau seorang yang bijak, berwibawa, memiliki karisma yang tinggi dan berkeyakinan teguh akan masa depan peradaban Islam yang cemerlang. Di tengah-tengah kemunduran kaum Muslim dan gejala ancaman kolonialisme bangsa Eropah di wilayah-wilayah Islam, al-Afghani menjadi seorang tokoh yang begitu berpengaruh dalam perkembangan pemikiran dan pergerakan-pergerakan sosial pada abad ke-19 dan ke-20.
Jamaluddin al-Afghani adalah pemimpin Islam yang tempat tinggal dan aktivitinya berpindah dari satu negara ke negara lain. Pada awalnya beliau menjadi pembantu Sultan Dost Muhammad Khan di Afghanistan. Pada tahun 1864, beliau menjadi penasihat Sher Ali Khan. Beberapa tahun kemudian, beliau dilantik oleh Muhammad A‘zam Khan menjadi perdana menteri Afghanistan. Disebabkan faktor keselamatan, maka pada 1869 beliau berpindah ke India. Di India, beliau tidak bebas, kemudian pada 1871, beliau berpindah pula ke Mesir.
Selama lapan tahun bermukim di Mesir, al-Afghani telah meninggalkan pengaruh yang besar di sana. Al-Afghani telah membangkitkan ‘gerakan berfikir’ sehingga negara ini berupaya mencapai pelbagai kemajuan. Mesir moden, menurut Ibrahim Madkur, ahli falsafah Mesir, adalah hasil usaha Jamaluddin al-Afghani.
Di Mesir, beliau giat memberikan kuliah dan mengadakan diskusi-diskusi. Di antara murid-murid al-Afghani itu yang kemudian menjadi tokah terkenal di Mesir ialah Muhammad Abduh dan Sa‘ad Zaghlul.
Nama al-Afghani sering disinonimkan dengan dua gerakan yang diperjuangkannya. Pertama, adalah nasionalisme yang disebarkannya terutama di Mesir dan India untuk menentang kolonialisme. Kedua, adalah pan-Islamisme atau persatuan negara-negara Islam. Kejayaan melalui persatuan inilah yang merupakan salah satu kunci penting pemikiran al-Afghani. Menurutnya, persatuan (kesatuan) adalah termasuk salah satu tiang agama Islam. Untuk itu, beliau menyeru penguasa-penguasa negeri Islam agar bersatu.
Al-Afghani menghabiskan banyak waktunya mengelilingi pelbagai negara. Namun, beliau paling lama menetap di Mesir dan India. Kunjungannya ke India ketika itu sewaktu berlakunya pemberontakan rakyat India menentangn penjajah Inggeris pada tahun 1857, yang memberi kesan terhadap nasib kaum Muslim di India. Pengalamannya ini menjadikan al-Afghani membenci imperialisme, terutama imperialisme Inggeris sepanjang hayatnya. Beliaua yakin bahawa pemerintahan Inggeris di wilayah Islam menjadi penyebab lemahnya Islam.
Al-Afghani juga menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan; menyeru masyarakat Islam agar bersatu. Beliau mengecam kecenderungan perpecahan dalam pertubuhan umat Muslim. Salah satu cita-cita dan idaman al-Afghani adalah menghubungkan perbezaan-perbezaan antara golongan Sunni dan Syiah. Menurut al-Afghani, perbezaan di antara kedua-dua golongan itu adalah persoalan masa lalu yang tidak relevan lagi untuk masa sekarang. Bahkan, hal itu hanya melemahkan umat Islam yang sedang diancam oleh musuh asing.
Al-Afghani juga aktif berpolitik. Ketika berada di Mesir, beliau secara terbuka menentang pemerintah Mesir dan pengaruh serta campur tangan Inggeris di negara tersebut. Pandangannya ini membuatkan beliau dianggap sebagai ketua atau ‘presiden’ bagi aktiviti politik Islam, meskipun hal itu juga yang menyebabkan beliau terusir dari Mesir pada tahun 1879.
Dalam kebanyakan tulisan dan cermahnya, al-Afghani cuba mentafsirkan kembali nilai-nilai Islam. Beliau berupaya menunjukkan landasan yang kukuh bagi pembaharuan kehidupan kaum Muslim, sehingga mereka akan menjadi lebih moden dan rasional dalam berfikir.
Al-Afghani berpendapat bahawa umat Islam ketinggalan kerana kejumudan dan ‘ketaatan’ mereka pada tradisi. Dalam keadaan ini, kejayaan umat Islam hanyalah cita-cita yang kosong belaka. Dalam salah satu tulisannya di dalam al-‘Urwah al-Wusqa, beliau menegaskan bahawa tindakan manusia bersumberkan daripada fikiran. Tindakan ini memperkukuhkan fikiran yang dibawanya. Kebekuan fikiran dan tindakan yang berlangsung terus meneruslah yang menyebabkan kemunduran dalam dunia Islam.
Dari Mesir, al-Afghani berpindah ke Perancis. Di sini, beliau menubuhkan perkumpulanal-‘Urwah al-Wusqa. Tujuannya antara lain ialah memperkuat rasa persaudaraan Islam, membela Islam, dan membawa umat Islam kepada kemajuan.
Atas undangan Sultan Abdul Hamid, Al-Afghani seterusnya berpindah ke Istanbul pada tahun 1892. Bagaimanapun, kerjasama antara al-Afghani yang berfikiran demokratis dengan Sultan Abdul Hamid yang masih mempertahankan otokrasi, tidak dapat dicapai. Disebabkan takut terhadap pengaruh al-Afghani yang begitu besar, maka kebebasan al-Afghani dibatasi oleh Sultan Abdul Hamid. Beliau tidak dibenarkan keluar dari Istanbul. Beliau terus menetap di Istanbul sehingga meninggal dunia pada 1879.
Melihat kegiatan dan pemikiran al-Afghani, dapat disimpulkan bahawa beliau terkenal sebagai pemimpin politik daripada sebagai pemikir pembaharuan Islam. Al-Afghani begitu sedikit berbicara mengenai masalah-masalah agama. Beliau lebih memusatkan pemikiran dan aktivitinya di bidang politik. Bagaimanapun, menurut Harun Nasution, kegiatan politik al-Afghani sebenarnya didasarkan pada idea-ideanya tentang pembaharuan dalam Islam. Beliau adalah pemimpin politik sekali gus pemimpin pembaharuan.
Pemikiran pembaharuan al-Afghani didasarkan atas keyakinan bahawa Islam adalah agama yang sesuai untuk semua bangsa, semua zaman, dan semua keadaan. Jika kelihatan ada pertentangan antara ajaran Islam dengan situasi yang dibawa perubahan zaman dan keadaan, penyesuaian dapat diperoleh dengan mengadakan interpretasi baru atas ajaran Islam yang tercantum dalam al-Quran dan hadis. Untuk interpretasi itu, diperlukan ijtihad. Oleh yang demikian itu, pintu ijtihad harus terbuka. Menurut beliau, umat Islam mundur kerana telah meninggalkan ajaran Islam yang sejati. Beliau mengambil contoh fahaman terhadap qada dan qadar. Pada masa silam, fahaman ini memupuk keberanian dan kesabaran dalam jiwa umat Islam. Sebab-sebab kemunduran umat Islam di bidang politik pula, menurut beliau, ialah munculnya perpecahan yang terdapat di kalangan umat Islam, pemerintahan yang zalim, mengabaikan pertahanan tentera serta adanya campur tangan asing.
Jalan untuk memperbaiki keadaan umat Islam menurut beliau adalah dengan melenyapkan salah faham yang dianut oleh umat Islam menerusi cara kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Corak kepimpinan otokrasi perlu diubah menjadi demokrasi. Persatuan (kesatuan) dan kerjasama adalah sendi yang amat penting dalam Islam.
SHIEKH TAHIR JALALUDDIN

SHIEKH TAHIR JALALUDDIN
Riwayat hidup
1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin
2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1869 Masihi.
3. Bapanya, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali juga dengan gelaran Sheikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin adalah seorang ulama terkenal.
4. Sheikh Tahir Jalaluddin menetap di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1900 Masihi setelah menetap di Makkah selama kirakira 12 tahun kerana menuntut ilmu.
5. Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.
Sifat-sifat peribadi
1. Sheikh Tahir Jalaluddin seorang yang berbudi pekerti mulia, gigih, serta berani dalam perjuangan.
2. Beliau mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh, dan ahli falak yang mahir.
3. Di samping itu, Sheikh Tahir Jalaluddin juga terkenal sebagai pemidato yang baik.
Pendidikan
1. Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut ilmu agama di Makkah selama 12 tahun.
2. Pada tahun 1893 ketika berusia 24 tahun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau kembali ke Makkah untuk mengajar ilmu agama selama dua tahun.
4. Pada tahun 1899, Sheikli Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mula mengembangkan pembaharuan dalam kefahaman Islam.
5. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Syed Jamaluddin Al-Afghani, terutamanya ketika Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut di Universiti AlAzhar. Mereka sama-sama memperjuangkan semangat pembaharuan dalam Gerakan Al-Tajdid Wal-Islah.
Sumbangan dan jasa-jasa
1. Hasil usaha gigih Sheikh Tahir Jalaluddin, sebuah majalah yang dinamakan "Al-Imam telah diterbitkan pada tahun 1906 yang mencetuskan semangat kemerdekaan daripada cengkaman panjajah.
2. Beliau menupakan pelopor pembaharuan gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan As-Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam.
3. Sheikh Tahir Jalaluddin gigih berusaha menyedarkan umat Islam serta mengajak mereka berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.
Kesan pemikiran
1. Usaha-usaha Sheikh Tahir Jalaluddin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat Islam membebaskan diri daripada kongkongan kepercayaan khurafat serta taklid membuta tuli.
2. Semangat penjuangan untuk kemerdekaan juga ditiup oleh Sheikh Tahir Jalaluddin melalui gerakan pembaharuan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau.
3. Propaganda barat terhadap Islam serta pemikiran barat yang mengelirukan umat Islam telah dapat ditangkis dengan hujah-hujah daripada al-Quran melalui kitab yang beliau tulis seperti "Al-Islam Warradu Ala Muntaqidihi .
4. Pembaharuan beliau ialah meninggalkan kesan terhadap kemajuan pendidikan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, dengan memasukkan sukatan pelajaran bagi ilmu pengetahuan yang sebelumnya tiada.
5. Pemikinan beliau bukan sahaja tersebar luas di seluruh alam Melayu malahan juga di Sumatena, Sulawesi, Jawa, dan Kalimantan.
Hash karya
1. Sheikh Tahin Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "Al-Unwati Al-Wuthuqa.
2. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah.
3. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-Islam Wannaddu Ala Muntaqidihi.
Shiekh Muhammad Abduh
Shiekh Muhammad Abduh
Biodata
Nama sebenarnya : Muhammad bin Syeikh Abduh Khairuddin.
Tempat lahir : sebuah desa yang bernama "Mahallat Nasr di Mesir
Tarikh lahir : 1849 Masihi.
Tarikh meninggal : 1905 Masihi di rumah sakit di Dramel, Iskandariah ketika berusia 56 tahun
Ayah/Ibu : Syeikh Abduh Khairuddin dan ibunya Jathinah berasal dan dusun Jissah Shisyir. Mempunyai pertalian darah dengan Syaidina Umar Ibnu AlKhattab melalui ibunya daripada kabilah Adi.
Jawatan : Sheikhul Al-Azhar pada tahun 1889 Masihi. Anggota pengurus Al-Azhar yang membawa pembaharuan kepada universiti tersebut.
Sifat-sifat Peribadi
1. Muhammad Abduh berpandangan luas, kreatif, aktif dan mempunyai pemikiran yang tajam.
2. Beliau juga kuat beribadat dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
3. Walaupun beliau seorang yang tegas, namun beliau bersifat penyanyang kepada murid-muridnya.
Pendidikan Muhammad Abduh
Semasa Muhammad Abduh berumur 10 tahun, ayahnya telah menyerahkannya kepada seorang guru untuk mengajarkan al-Quran kepadanya. Tidak berapa lama dalam asuhan guru tersebut, Muhammad Abduh telah dapat menghafaz aL-Quran. Beliau belajar menulis dan membaca dari sekolah Al-Jamik' al-Ahmadi, di Tanta pada tahun 1865 Masihi.
Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar di Kaherah pada tahun 1866 Masihi hingga 1879 Masihi. Muhammad Abduh banyak mendapat bimbingan danipada gurunya Sheikh Hassan Al-Tawil dalam pendidikan.
Muhammad Abduh sempat berguru kepada Jamaluddin Al-Afghani dan semangat perjuangan Jamaluddin AlAfghani juga banyak meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa Muhammad Abduh sehingga pemikiran dan sikap beliau juga turut menerima perubahan kepada sikap yang lebih terbuka dan pemikiran yang bertambah matang dan bernas.
Sumbangan Muhammad Abduh
Muhammad Abduh membangkitkan semangat baru dalam Islam dan beliau dianggap sebagai Mujadid, khususnya di Mesir dan di seluruh dunia amnya. Beliau juga merupakan ketua pengarang yang terkenal.
Beliau memimpin gerakan pembaharuan Islam di Mesir dan Timun Tengah dengan menyusun ajaran Islam dalam bentuknya yang asli dan murni dan menyesuaikannya dengan kemajuan tanpa menyeleweng dan landasan Islam sejati.
Muhammad Abduh bertindak membasmi taklid buta sebaliknya, beliau menganjurkan umat Islam berijtihad dan berijmak, iaitu mengkaji dan mentafsir berdasarkan al-Quran dan sunnah.
Behiau juga memperbaharui bahasa Arab dalam bidang kesusasteraan dengan memperjuangkan penggunaan bahasa Arab dalam tulisan.
Muhammad Abduh juga menggalakkan umat Islam mempelajari ilmu sains moden dan memasukkan ilmu ke dalam kurikulum universiti Al-Azhar.
Hasil penulisannya yang kreatif dan pemikirannya yang cerdas mencetuskan semangat revolusi di Mesir. Beliau juga merupakan pengasas gerakan "Ikhwanul Muslimin .
Kesan peninggalan Muhammad Abduh
Muhammad Abduh menghasilkan beberapa buah buku tafsir di antaranya, "Tafsir Juz A'mma (Kaherah, 1904 Masihi dan "Tafsir Surah Al-Asri (Kaherah 1915 Masihi). Tafsiran Muhammad Abduh tidak terikat dengan fahaman kuno atau ortordoks, sebaliknya disesuaikan dengan keperluan dunia moden tanpa menyeleweng daripada ajaran al-Quran yang sebenar. Sebahagian besar daripada tafsirannya dimuatkan dalam makalah yang penting pada waktu itu, iaitu "Al-Manar .
Kesan danipada pemikiran beliau, baik melalui hasil karangan ataupun fatwa, telah menimbulkan kekecohan dan kegoncangan di kalangan para ulama, terutamanya ulama-ulama yang ortordoks.
Muhammad Abduh pernah menjadi ketua pengadilan pada tahun 1892 Masihi. Cara beliau bekerja ada dicatatkan dalam bukunya yang bertajuk, "Tahrir Fil Islah Al-Mahakim Al Syariyah yang dihasilkan pada tahun 1900 Masihi. Karangan beliau ini membawa perubahan besar dalam bidang pengadilan syarak. Muhammad Abduh juga melaksanakan hukum Islam dan memperkenalkan perubahan dan pembaharuan yang sesuai dengan masyarakat pada waktu itu. Beliau telah meniupkan semangat pembaharuan yang membawa kepada revolusi pada tahun 1882 Masihi.
Hasil-hasil karya Muhammad Abduh
1. Karangan Muhammad Abduh yang pertama mengenai tarikat dan mistik dalam risalah "Al-Waridah yang dihasilkan pada tahun l874Masihi.
2. Beliau juga mengarang "Kitab Hasyiyah ala Syarhi Ad-Diwani lil Aqaidil Adudiyah pada tahuu 1876 Masihi.
3. Beliau menceburkan diri dalam bidang persuratkhabaran pada tahun l88OMasihi.
4. Beliau juga menjadi pemimpin surat khabar pemerintahan "Al-Qawaid Misriah pada tahun 1886 Masihi.
5. Pengetahuan dalam bidang ekonomi dan politik juga disentuh dalam hasil karyanya, iaitu "Kitab Risalah Al-Waridah .
6. Ilmu tasawuf dan mistik dimuatkan dalam bukunya, "Hasyiyah ala Syarah ad-Diwani lil Akaidil Adudiyah(Kaherah, 1876/1904 Masihi).
7. Ilmu tentang bidang kehakiman pula terdapat dalam bukunya, "Taqdir Fil Isla al-Mahakimi At-Tadiyah .(Kaherah, 1900 Masihi).
8. Muhammad Abduh juga menuhis "Risalah al-Tauhid pada tahun 1879 Masihi. Hasil penulisan ini adalah karyanya yang sangat berharga mengenai akidah dan agama Islam.
9. Kitab yang diberi nama "Al-Islam Wa Ar Raddu ala Muntaqidihi , dan "Al-Islam wan Nasraniah maal llmu wal Madaniyah , adalah sebuah karangannya yang termasyhur yang membela agama Islam danipada ancaman agama Kristian dalam bidang ilmu pengetahuan dan kebudayaan.
HAMKA
HAMKA PERMATA NUSANTARA
Nama sebenar HAMKA adalah Haji Abdul Malik bin As-Syeikh Karim bin As-Syeikh Muhammad Amrullah. HAMKA dilahirkan pada 13 Muharram 1362H bersamaan 16 Februari 1908, di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Minangkabau, Meninjau, Sumatera Barat dan kembali ke Rahmatullah pada 24 Julai 1981 pada usia 73 Tahun di Jakarta. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendakwah yang disegani dan dihormati di rantau Nusantara, serta seorang yang bijak dan mahir dalam bidang kesusasteraan, penulisan kreatif dan prolifik. Beliau juga adalah seorang pujangga ulung dan ahli fikir Islam yang tersohor.
Keperibadian HAMKA diwarisi daripada As-Syeikh Karim bin As-Syeikh Muhammad Amrullah. Bapa beliau merupakan seorang ulama terkenal yang membawa pembaharuan di Minangkabau. Hamka merupakan seorang manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan petah berpidato sehinggakan beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rencana radio Arab Saudi.
Selain itu, Hamka juga mempunyai bakat penulisan dan berjiwa seni. Ini terbukti melalui gaya bahasa dalam penghasilan karya agungnya yang indah dan sering diselitkan rangkap-rangkap pantun dan syair dalam penulisannya
Tambahan itu, beliau merupakan seorang yang BERANI menegakkan kebenaran semasa revolusi penjajahan Belanda di Sumatera, beliau telah mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang Belanda.
Melihat kepada PENDIDIKAN HAMKA telah dididik untuk mempelajari Al-Quran dan asas -asas agama daripada bapanya sendiri. Setelah itu, beliau telah mendapat pendidikan rendah di sekolah Desa Padang Panjang dan di sekolah agama Attawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri. Beliau juga mengikuti pengajaran di masjid dan di surau yang disampaikan oleh ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur dan Kiyai Bagus Hadi Kosuma iaitu ulama terkenal Indonesia. Beliau juga amat suka menghabiskan masa lapang di perpustakaan untuk membaca buku-buku falsafah, kesusasteraan, sejarah dan politik.
Selain itu, beliau juga menggunakan kemahiran bahasa Arabnya untuk menyelidik karya-karya sarjana timur tengah seperti Jurji Zaidan, Abas Mahmud Al-Aqod dan Mustofa Almanfaluti serta karya sarjana barat yang diterjemahkan ke bahasa Arab seperti Carl Marx dan Arnold Tonybee. Melalui pembacaan itu juga, ini telah menjadikan Hamka gigih dalam mengembangkan dakwah Islamiah Di Nusantara.
Sebenarnya Hamka bukanlah seorang insan biasa tetapi dianugerahkan oleh Allah SWT kepada ummah serata alam. Ini kerana, ketika Hamka berumur 17 tahun lagi, beliau telah berdakwah dengan menerbitkan majalah Khatibul Ummah. Tambahan itu, semasa berada di Mekah pada 1927M, beliau telah menubuhkan sebuah persatuan Hindia Timur yang bertujuan untuk memberi pelajaran agama kepada jemaah haji Indonesia. Setelah itu, Hamka juga melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiah dan mengetuai cawangannya di Padang Panjang. Beliau juga pada tahun 1935M, Hamka telah mengasaskan Kolej Al-Muballighin. Setahun kemudian juga, beliau menerbitkan majalah Pedoman bagi memberi kefahaman kepada masyarakat Islam pada masa itu dan semenjak itu beliau telah menerbitkan majalah berunsurkan dakwah seperti Menara, Merdeka, Pemandangan, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Pada tahun 1953M, Hamka dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiah.
Sumbangan Hamka Dalam bidang Ilmu Dan Pemikiran terlalu banyak untuk diperkatakan. Antaranya, Hamka membawa pembaharuan kepada umat Islam dengan karya-karya agama, kesusasteraan dan falsafah yang menyentuh secara langsung kehidupan umat Islam. Selain itu, Hamka merupakan penerus idea Islah yang dibawa oleh Syed Jamaluddin Al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh.
Beliau juga menggunakan akhbar dan majalah untuk mengajak umat Islam mengkaji sebahagian kefahaman yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Karya beliau seperti Tafsir A-Azhar telah membuka minda masyarakat Indonesia malah masyarakat antarabangsa amnya.
Untuk menghargai ketokohannya telah membawa kepada penerimaan pelbagai anugerah seperti Doktor Kehormat dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamka juga tidak menghadkan penulisan dalam soal agama sahaja malah falsafah dan sastera. Hasil-Hasil Karya Hamka antaranya:
Dalam bidang agama
• Tafsir Al-Azhar
• Tasawuf Moden
• Panduan Mubaligh Islam
• Sejarah Umat Islam
• Revolusi Agama
Dalam bidang falsafah
• Falsafah Hidup
• Lembaga Hidup
• Fasafah Ideologi Islam
• Pandangan Hidup Muslim
• Ekspensi Ideologi
Dalam bidang sastera
• Tenggelamnya kapal Van Der Wijck
• Dibawah Lindungan Kaabah
• Laila Majnun
• Mandi Cahaya di Tanah Suci
• Menunggu Beduk Berbunyi
• Arkan Islam
Untuk menyorot perjuangan Hamka, beliau juga mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk meyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Selain itu, beliau menganggotai Pertubuhan Muhammadiah dan menentang khurafat, bid’ah, dan tarikat kebatinan yang sesat. Hasilnya, beliau menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah bagi membendung gejala tersebut.
Hamka menggunakan penulisan dan pidato untuk meyebarkan ajaran Islam yang sebenar dan dengan menggunakan dua medium tersebut, beliau telah mengkritik kepincangan pentadbiran kerajaaan Indonesia dan ini telah menyebabkannya dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Beliau pernah dipenjarakan bersama-sama tokoh-tokoh Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI). Namun, beliau menganggap perkara tersebut ada ujian yang menguji ketabahan dan mematangkan pemikirannya.
Penulis ialah Nor Hafiz Razali, pelajar Tahun Akhir Diploma Pengurusan Pentabdiran Unisel dan sedang melakukan Latihan Industri di Pejabat Mara Daerah Jelebu Negeri Sembilan dan terima kasih kepada adik Muizzah atas maklumnat Hamka di blog beliau.
