Salam Ukhwah
Saturday, October 23, 2010
Thursday, October 21, 2010
CIRI-CIRI GURU BERKESAN
JADILAH GURU SEBENAR GURU, KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU!
Monday, October 18, 2010
10 JENIS MANUSIA YANG MENGHALANG KEMAJUAN ORGANISASI
1. THE TANK : Terlalu ghairah dan sanggup memburukkan rakan sekerja demi kepentingan dirinya.
2. THE SNIPER : Sengaja mencari kelemahan dan kesalahan orang lain dan menggunakannya sebagai ”senjata” untuk memburukkan orang tersebut.
3. THE GRENATE : Emosi tidak stabil dan boleh ”meletup” bila-bila masa sahaja.
4. THE KNOW-IT-ALL : berilmu pengetahuan, penuh keyakinan tetapi tidak menerima pendapat atau idea orang lain.
5. THE THINK-THEY-KNOW-IT-ALL : Suka Menunjukkan kepandaian sendiri tetapi kurang berpengetahuan, kadang-kadang memberi fakta yang salah.
6. THE YES PERSON : Sentiasa dengan jawapan ”ya” atau ”beres” tetapi tidak melaksanakan kerja seperti yang dijanjikan.
7. THE MAYBE PERSON : Tidak boleh membuat keputusan konkrit sehingga sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan.
8. THE NOTHING PERSON : Tiada pendidiran dan pendapat dalam semua perkara.
9. THE NO PERSON : Pesimistik, berfikiran negatif, dan kadang-kala menjejaskan emosi orang lain.
10. THE WHINER : Sikap terlalu negatif dan pesimis. Semua perkara dijangka akan memudaratkan individu dan organisasi.
TEKNIK ULANGKAJI PELAJARAN
Teknik mengulangkaji di ambang peperiksaan SPM
Sedar atau tidak tinggal beberapa hari lagi menjelangnya peperiksaan SPM. Sebagai pelajar, pastinya anda menanti saat itu dengan penuh debaran. Bagi mereka yang sudah bersedia menghadapinya sudah tentu tidak merasa gusar kerana segala ilmu telah sarat tersemat di dada.Namun, bagi segelintir pelajar yang baru terjaga dari lena, saat inilah mereka mula kelam kabut menelaah pelajaran. Mungkin ramai yang buntu mencari teknik dan tip mengulangkaji di saat-saat kecemasan ini. Apa yang pasti, pelajar tidak perlu gusar dan cemas menghadapi keadaan sebegini. Anda mungkin boleh mencuba beberapa aktiviti mengulangkaji yang mudah tapi berkesan untuk menghadapi peperiksaan. Antaranya :
Menjawab soalan-soalan percubaan negeri-negeri lain.
Menjawab soalan peperiksaan tahun lepas.
Menjawab soalan ramalan.
Kaedah menjawab :
"Open Book Test"
Perbincangan & pembentangan dalam kumpulanSimulasi peperiksaan
LANGKAH-LANGKAH MENGURUS MASA SEBELUM SPM :
1. Bina "Planner peribadi" yang boleh ditampal dan dilihat setiap hari.
Anda boleh menggunakan kertas mahjong untuk menyediakan planner ini.
Tampal planner anda di tempat yang mudah dilihat.
Catat tarikh penting dalam planner tersebut seperti tarikh dan waktu peperiksaan dengan jelas.
Planner ini akan memberi gambaran kepada anda tentang tempoh masa yang anda masih ada sebelum menghadapi SPM.
2. Sediakan jadual belajar ’dalam tempoh peperiksaan’.Anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar SPM kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.
Isi selang masa tersebut dengan aktiviti belajar mata pelajaran berikutnya.
Rancang masa belajar seadilnya. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.
Persediaan terakhir amat penting bagi memastikan segala usaha anda selama 2 tahun berhasil dan membuahkan kejayaan .
CONTOH AKTIVITI BELAJAR
AKTIVITI 1 : MEMBINA NOTA PADAT :
Kumpul nota padat bagi semua subjek.
Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota padat yang lengkap dan memahami setiap catatan dalam nota tersebut.
Sekiranya tidak, anda boleh bekerjasama dengan rakan menyediakan nota padat ini.
Catatan : Teknik Bina Nota Padat
Nota padat ialah nota persediaan bagi menghadapi peperiksaan.
Dihasilkan setelah anda faham apa yang anda pelajari.
Terdiri daripada kata kunci / simbol / rajah / angka / gambar dsb.
Dipilih dan dicipta sendiri.
Nota tersebut dapat diceritakan semula.
Guna teknik AKRONIM & AKROSTIK.
Boleh pelbagaikan bentuk nota seperti :
- Peta Konsep
- Peta Minda
- Kad Imbasan
Langkah-langkah :
- Dapatkan senarai semak keseluruhan tajuk bagi mata pelajaran yang ingin dikuasai.(Tajuk-tajuk peruncingan/ ramalan)
- Agihkan tajuk-tajuk kepada ahli kumpulan.
- Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab menyediakan nota ringkas bagi tajuk yang diberi.
- Gunakan kertas A4 atau kad untuk menulis nota.
- Tulisan mesti jelas dan boleh dibaca oleh setiap ahli.
- Bilangan mukasurat bagi setiap topik mestilah tidak kurang dari 4 dan tidak lebih dari 6 mukasurat. (bergantung pada isi pelajaran)
- Setelah selesai tugasan, ketua kumpulan mengumpulkan nota untuk dibuat salinan pendua dan diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.
AKTIVITI 2 : MEMAHAMI NOTA (SESSI PENERANGAN & PERSEMBAHAN)
Pada tahap ini setiap ahli kumpulan telah mempunyai set nota yang lengkap.
Pelajar yang bertanggungjawab menyediakan nota perlu memberi penerangan bagi topik masing-masing mengikut giliran.
Setelah semua ahli memahami isi nota, pelajar boleh melaksanakan aktiviti mengingat nota dgn menggunakan teknik berikut :
- Pembacaan dengan menyebut (baca kuat)
- Gambaran minda
- Menulis semula
AKTIVITI 3 : LATIH TUBI SOALAN SEBENAR
Sediakan set-set soalan tahun lepas.
Pelajar akan menjawab soalan secara berkumpulan.
Jawapan kepada setiap soalan hendaklah dibincangkan bersama-sama dan ditulis di atas kertas kajang.
Semua soalan mesti dijawab dalam masa yang diberikan.
Jika menghadapi sebarang masalah, pelajar dibenarkan melihat nota yang disediakan semasa AKTIVITI 1 atau merujuk buku teks.
Kertas jawapan hendaklah disimpan sebagai bahan ulangkaji dan rujukan.
AKTIVITI 4 : SIMULASI PEPERIKSAAN
Pada tahap ini anda dikehendaki memilih satu set soalan tahun-tahun lepas yang telah dilaksanakan dalam AKTIVITI 3.Anda akan menjawab soalan yang akan dipilih secara individu. Perbincangan sama sekali tidak dibenarkan.
Masa yang diberi untuk menjawab soalan adalah separuh masa sebenar. Contoh : Pendidikan Islam kertas 1 adalah 1 jam 40 minit. Oleh itu masa yang diperuntukkan setiap soalan adalah 15 minit sahaja dan 15 minit lagi untuk penyemakan.
Mematuhi masa yang diberi adalah penting bagi melatih anda menjawab dengan tepat dan cepat.
Anda sepatutnya mendapat markah 100% bagi langkah ini kerana soalan-soalan tersebut telah dijawab dalam AKTIVITI 3.
Rujuk skema jawapan yang disediakan dan bincang dengan guru jika tidak berpuas hati
Tuesday, August 24, 2010
Abstrak YangTersirat
Pertama kali tengok video ni hati saya kagum dengan kelincahan jari-jari pelukis ini bermain dengan lukisan di kanvas pasirnya..kemudian fikiran cuba mentafsir apa mesej yang mahu disampaikan..hinggakan penonton menitiskan air mata..
Sekadar berkongsi..hayati apa yang tersurat dan tersirat di sebalik penceritaan sebuah hasil seni yang mengkagumkan..tentang kedamaian, peperangan, kemanusiaan dan lain-lain..
Iklan Ramadhan Yang Tiada Di Malaysia
Monday, August 23, 2010
DOA PILIHAN

| |
Monday, August 16, 2010
Sejarah Kaum Aad

Bukti Sejarah Kaum Aad
Assalamualaikum wbh. sebenarnya foto di atas saya muat turun dari blog saudara Tariq Qabriel seorang penulis muda dari KarnaDya. Saya amat tertarik dengan foto ini dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain.
Rangka manusia besar atau manusia gergasi ini telah ditemui di wilayah gurun pasir di Arab Saudi oleh team eksplorasi ARAMCO. Di dalam Al Quran ada menyatakan tentang Allah menciptakan manusia dengan ukuran luar biasa iaitu kaum Aad sewaktu zaman Nabi Hud.
Inilah bukti kebesaran Allah swt dan semoga memberi pengajaran kepada kita.


























