Salam Ukhwah
Thursday, January 20, 2011
Saturday, January 8, 2011
PENDAFTARAN TINGKATAN 1
Pendaftaran murid Tingkatan 1 diadakan pada 30 Disember 2010. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi tetapi pukul 7 pagi sudah ada ibu bapa tercegat di kawasan sekolah. Begitu bersemangat ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka ke SMKDHTK. Al-maklum nama SMKDHTK begitu melonjak dengan keputusan PMR 2010 antara yang terbaik di kalangan sekolah-sekolah di Daerah Alor Gajah dan dapat menandingi jiran SMKDDS. Satu pencapaian yang sangat membanggakan seluruh warga SMKDHTK.
Program pendaftaran disi dengan slot Taklimat kepada ibu bapa oleh barisan pentadbir sekolah. Murid juga dibekalkan dengan buku Panduan Disiplin Sekolah oleh Unit HEM.Diharapkan murid-murid Tingkatan 1 tahun ini bakalmeneruskan legasi kecemerlangan SMKDHTK. Jangan dihancurkan harapan ibu bapa dan guru yang ingin melihat mereka menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin.....

Sesi Persekolahan 2011
Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu. 2010 melabuh tirai, muncul 2011. Sesi persekolahan 2011 dimulakan dengan Mesyuarat Guru Kali Pertama pada 28 Dis 2010.
Sekolah berwajah baru dengan pelbagai sudut diperindah dengan hiasan tumbuh-tumbuhan, mengenakan cat-cat baru di kawasan-kawasan tertentu. Tahun baru semua pun baru. Paling penting semangat baru guru dan pelajar.
Mesyuarat pertama berjalan lancar, sibuk guru-guru membelek buku takwim persekolahan 2011 dan melihat bidang tugas masing-masing. Biasalah adat sesuatu perkara, mesti ada suara-suara belakang tentang ketidakpuasan hati masing-masing terhadap tugasan baru, tapi kematangan berfikir secara rasional, semua ni hanya masalah picisan sahaja. Apa pun semua guru berazam untuk meningkatkan prestasi mereka tahun ini bagi memastikan SMKDHTK tergolong dalam kelompok sekolah cemerlang di Negeri Melaka. "Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh".

Wednesday, December 8, 2010
Petua Pelajar Cemerlang
1. Mulakan harimu dengan membaca Al Quran setiap pagi setelah selesai Solat Subuh dan Berdoa.
2. Solat fardhu lima waktu jangan ditinggalkan.3. Mohon keselamatan dari Allah untuk setiap hari yang baru.4. Meninggalkan perbuatan mungkar supaya mudah mengingati ilmu kerana perbuatan mungkar boleh mengurangkan daya ingatan pelajar.5. Makan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan minda dan fizikal.6. Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu.7. Sentiasa bersedekah samada wang, tenaga dan akal fikiran (the more you give, the more you get).8. Membuat nota ringkas untuk mudah dibaca.9. Membaca dan menelaah buku dan nota-nota tanpa jemu.10. Sentiasa solat hajat dan bersyukur dengan nikmat Allah.
Tuesday, October 26, 2010
Sunday, October 24, 2010
NOTA DAN BANK SOALAN
| MUAT TURUN BAHAN P & P |
KOLEKSI SOALAN PENDIDIKAN ISLAM SPM
Koleksi Soalan Pendidikan Islam
SPM Kertas 1 & 2
Soalan Pendidikan Islam Kertas 1 & 2 | Skema Pendidikan Islam Kertas 1 & 2 |
Soalan Set 1 | Skema Soalan Set 1 |
Soalan Set 2 | SkemaSoalan Set 2 |
Soalan Set 3 | Skema Soalan Set 3 |
Soalan Set 4 | Skema Soalan Set 4 |
Soalan Set 5 | Skema Soalan Set 5 |
Soalan Set 6 | Skema Soalan Set 6 |
Soalan Set 7 | Skema Soalan Set 7 Skema Kertas 2 |
Soalan Set 8 | Skema Soalan Set 8 |
Soalan Set 9 | Skema Soalan Set 9 |
Soalan Set 10 Kertas 2 | Skema Soalan Set 10 Skema Kertas 2 |
Subscribe to:
Posts (Atom)