Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Sunday, May 9, 2010

BERSANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela ...


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api..

Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran: 110

“Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi (faedah) ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”.

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya BIDAYATUL HIDAYAH:

Dan ketahuilah apabila engkau cuai maka akibatnya akan kembali kepadamu dan apabila engkau rajin maka mafaatnya juga akan kembali padamu. Allah Maha kaya daripadamu dan kaya daripada amalanmu tetapi setiap orang akan tertakluk (pada hari kiamat nanti) dengan amalan yang dikerjakannya di dunia. Maka jangan sekali-kali engkau berkata: Allah itu Tuhan yang Maha Mulia lagi Pengampun. Ia mengampuni dosa-dosa hamba yang berbuat maksiat, kerana ucapan seperti itu adalah ucapan yang benar tetapi mempunyai tujuan yang salah. Orang yang memperkatakannya digelar AHMAQ (bodoh).

Semoga kita yang lain akan insaf dengan malapetaka yang kita hadapi ini. Islam semakin dipermain dan dipersendakan oleh mereka yang dari kalangan kita juga. Janganlah kita terpedaya lagi.
Insaflah dan kembali ke jalan yang benar. Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat 49:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan mu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu”.

No comments:

Post a Comment