Rabu : 4 ogos 2010
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Harapan Ramadhan by RAIHAN
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Ramadhan menjelma kembali.. terasa terlalu pantas masa berlalu.. seakan baru sahaja ramadhan yang lalu melabuhkan tirainya.. adakah ramadhan kali ini sama jua seperti ramadhan2 yang sudah..? berlalu sepi tanpa pengisian barakahnya bulan itu..?
Ehm, mungkinkah persoalan kuih raya, baju raya, rumah raya, yang lebih diutamakan dari ibadah itu sendiri..?
Sukar dinafikan perkara tersebut kadang2 yang diutamakan.. Sebenarnya, perlu atau tidak berbaju baru sakan setiap kali syawal tiba? Perlu atau tidak kuih raya beraneka macam untuk sajian? Perlu aatu tidak, langsir, kain sofa, alas meja baru setiap kali raya?
Ia satu keperluan?
Tidak sebenarnya..
Ia lebih kepada kehendak..
Kehendak naluri manusia yang sukar dijangka.
Kehendak hati yang sukar dibendung.....semuanya kerana nafsu....
Kalau begitu..
Tak berbaju baru la kita tahun ni?
Tiada kuih raya la..
Langsir, sofa.. pakai yang lama la..?
Tak semestinya begitu..
Boleh, tapi sekadarnya...
Tidak sampai melekakan..
Tidak sampai melebih2kan
Hingga pengisian ramadhan berlalu sepi..
Islam sendiri mengharuskan berbaju baru, bersih menyambut lebaran..
Tapi, andai baju lama pun, tiada salahnya kan?
Tanyalah diri..
Yang pasti , wahai anak-anak didik sekelian hidupkan hari-hari anda dengan nur Allah dan tekad hati dengan wawasan beribadah supaya ibadat Ramadhan tahun ini lebih meningkat dari tahun-tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment