Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Monday, August 2, 2010

Program Israk dan Mikraj

Panitia Pendidikan IslamSMKDHTK telah mengadakan Program Israk dan Mikraj pada 16 Julai ( Jumaat). Antara pengisian program tersebut ialah :
  • Ceramah Israk & Mikraj oleh Ust. Amat b Sidin
  • Pertandingan Khat dikelolakan oleh Tn Hj Zaidi b Osman
  • Pertandingan Tulisan Jawi kategori guru dan pelajar
  • Gotong Royong membersihkan surau
Kesemua program di atas mendapat sambutan yang amat baik oleh warga SMKDHTK. Program berjalan lancar dan sebenarnya banyak lagi program yang boleh dirancang tetapi ada pertindihan dengan Ujian Formatif 2 menyebabkan kekangan masa kepada guru dan pelajar untuk mengambil bahagian dalam semua program yang diatur. Insyaallah tahun depan pihak panitia akan memastikan program dijalankan lebih awal dari tarikh peperiksaan. Segala kelemahan tidak dipandang remeh malah diambil kira untuk merancang yang terbaik pada mada depan.

No comments:

Post a Comment