Salam Ukhwah

Harapanku ;
"...berharap agar sayapku boleh pergi jauh sehingga aku jumpa apa yang terbaik untukku dan agamaku..."

Tuesday, August 3, 2010

HISTERIA DI TALIB KARIM

Hari ini begitu gempar di bumi Talib Karim. Ketika Program Penutupan Parenthon berlangsung dihadiri oleh YB Datuk Hjh Norpipah bt Abdol,ADUN REMBIA,beberapa orang pelajar perempuan diserang histeria hingga menyebabkan majlis tersebut dan tidak dapar berjalan lancar seperti dirancang.
Pihak sekolah terpaksa memanggil Ust Zamri dr SK Belimbing Dalam sebagai wakil perubatan Darul Shifa' bagi membantu pihak sekolah menangani kes ini. Histeria berjangkit dari seorang pelajar kepada pelajar lain dengan begitu cepat hingga tak termampu ditangani oleh guru. Ibu bapa pelajar terbabit dipanggil untuk membawa anak mereka yang terkena histeria pulang ke rumah. P&P pada hari ini tergendala kerana histeria. Kesian kepada pelajar2 Tingkatan 3,5 dan 6 Atas yang akan mengambil peperiksaan penting tahun ini.
Sekitar pukul 11 pg keadaan menjadi reda, dan Ust Zamri balik ke sekolahnya. Malangnya sekitar pukul 11.30 pg keadaan berulang dan melibatkan lebih ramaii murid hingga keadaan jadi tidak terkawal. Pihak sekolah buntu memikirkan punca berlakunya masalah ini.Pihak Darul Shifa' dipanggil kembali, kali ini Ust Zamri tiba dengan 2 orang lagi iaitu Ust Saharudin & Ust Helmi.Inilah kali pertama histeria yang melibatkan ramai pelajar perempuan berlaku di sekolah ini dan yang lebih menyedihkan ia turut melibatkan seorang guru perempuan.
Pelajar dilepaskan balik awal ke rumah pada pukul 1.00 tgh bagi mengelakkan lebih ramai pelajar dijangkiti penangan histeria. Pengetua, Pn Hjh Semah telah meminta pihak Darul Shifa' mengikhtiarkan sesuatu agar peristiwa ini tidak berulang. Keputusannya, pada hari Khamis (5 Ogos 2010) pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di surau sekolah selepas Solat Maghrib berjemaah bersama pihak Darul Shifa' seterusnya mereka akan memagar kawasan sekolah dengan kaedah tertentu mengikut perubatan Islam.
Diharapkan selepas ini tiada lagi HISTERIA di SMK Dato Haji Talib Karim. Sebagai warga SMKDHTK kita turut memainkan peranan menjaga kawasan sekolah dari sebarang anasir2 yang tidak elok seperti perbuatan2 menghampiri zina, masalah disiplin2 yang lain, menjaga kebersihan tandas2 sekolah dari sebarang kekotoran, kurangkan hiburan2 melalaikan disekolah kita kerana semua unsur2 tersebut boleh mendorong berlakunya perkara yang tidak diingini seperti HISTERIA. Isikan diri kita dengan pengisian rohani dan peliharalah solat agar kita tidak terjebak dengan masalah2 seperti ini. Sama2lah kita menjaga keharmonian sekolah kita. Sentiasa kita ingat hanya pada Allah S.W.T tempat kita mohon perlindungan dan diharapkan peristiwa HISTERIA tidak menyuburkan gejala syirik di sekolah kita dengan pemakaian tangkal2 pelindung konon2nya yang diberikan oleh pawang dan bomoh. Na'uzubillahuminzalik....

No comments:

Post a Comment